Assalamualaikum Kali ni sis nak bawa korang naik satu Gunung yang tengah famous dekat Thailand ni! Apa yang unik, Gunung ni sangat terkenal dengan view awan gebu yang superb! Begitu juga sis yang teringin sangat ke sini kerana pesona awan karpet yang terkenal di puncak Gunung Silipat. Gunung ini sesuai didaki pada sepanjang tahun dan sangat sesuai untuk pendaki yang baru berjinak-jinak untuk mendaki gunung. Lanje video dulu : Gunung Silipat ini terletak di Betong, Selatan Thailand (Yala). Perjalanan kesini mengambil masa 8 jam perjalanan dari KL. Kami bertolak menaiki bas pada pukul 11.00 malam dan tiba di sempadan lebih kurang pukul 7.00 pagi. Semua peserta bersiap-siap dengan pakaian hiking dan peralatan di Masjid Grik sebelum masuk ke imigresen Malaysia-Thailand. Kita akan memasuki sempadan Thailand dari Pengkalan Hulu, Perak dan mengambil masa dalam 45 minit selepas sempadan untuk ke kawasan kaki gunung. Passport dan border pas di
Assalamualaikum 29 April 2017, Sabtu, 4.00 am Sempena cuti hari buruh yang lalu, aku telah join XPDC mendaki gunung Baha, Ayam & Stong selama 3 hari 2 malam di Taman Negeri Gunung Stong. Ia terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan . Penganjur program ni ialah dari team B88outdoors yang diketuai oleh gogo Hafiq. Memandangkan aku, Aishah dan Jamil aka Tee Jay memang duduk di Kota Bharu, kami telah bertolak ke Dabong pada pukul 4 pagi. Yang lain semua dari KL dan JB bergerak pada malam semalam. Pukul 7 pagi kami dah sampai di area Dabong dan berkumpul di area stesen keretapi Dabong untuk menunggu team yang lain sampai. Abam Apis yang setia menunggu jodohnya iaitu Puteri Saadong yang tak kunjung tiba di stesen Dabong nih! Bertabahlah abam! huahaaa Memandangkan aku memang dah duduk di Pantai Timur nih, memang aku dah lama aim nak naik gunung stong nih! Hahaa. Sekali adik aku ajak naik dengan geng dia, aku pun on jer
Assalamualaikum Rasa macam panas sangat la cuaca kat Malaysia sekarang ni. Panas bahang dia sampai tak boleh nak bincang! Rasa macam nak pergi main salji! hahaa Walaupun kat sini tak de salji, tapi ada la beberapa tempat yang korang boleh try rasa sejuk dan suasana ala-ala kat salji : Snowalk I-City, Shah Alam Genting Snoworld Banyak jugak nak kena bayar masuk sini. Fuhhh... Entrance jer dah RM3. Parking RM3. Nak naik tram ke rumah 4 musim RM5 kalau tak silap. Nak sewa basikal pun boleh Di Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) anda berpeluang merasai suasana empat musim seperti berada di negara beriklim empat musim. Musim di RISEM akan berubah setiap tiga bulan. (Sila rujuk jadual musim Kutub Utara). Saksikan keindahan panorama di samping kepelbagaian bunga-bungaan di sini. BULAN KUTUB UTARA KUTUB SELATAN MUSIM Disember - Februari Mac – Mei Jun – Ogos September - November Salji Bunga Pana
Assalamualaikum Rasa macam nak throwback masa zaman belajar dulu! hahaa.. Aku dulu study kat UPNM. Sepuluh tahun dulu ramai lagi yang tak tahu UPNM tu apa dan kat mana.. Dulu dipanggil dengan nama Atma. Kerajaan menaikkan taraf Akademi Tentera Malaysia (Atma) kepada Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menunjukkan bukti kesungguhan kerajaan mempertingkatkan mutu perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). MOTO KEWAJIPAN, MARUAH DAN INTEGRITI (Duty, Honor and Integrity) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atau National Defence University of Malaysia (NDUM) adalah sebuah universiti tentera yang terletak di Kem Sungai Besi Kuala Lumpur. Universiti ini merupakan universiti unik dan butik pertama di Malaysia dengan keperluan dan pembangunan angkatan bersenjata moden. Pada tahun 2008, memiliki sekitar 1,500 pelajar, dengan lebih daripada 1,300 daripada mereka adalah Officer
Assalamualaikum Rasa macam sudah lama tak mendaki bukit! Harapnya stamina masih lagi kekal utuh & tak ke laut! hahaa... Mountain is callingggg..... Nutshell is back gais selepas mereput buat sekian lama dari aktiviti hiking & lasak! Lepas ni aku akan banyak update pasal aktiviti aku kat belah-belah Pantai Timur ni! Selamat tinggal dengan kehidupanku di kotaraya! Uhukkkk.... Apapun, kehidupan harus diteruskan! Harini aku nak mendaki ke Bukit Keluang. Bukit Keluang ni terletak di Besut, Ganu kiter! Perjalanan dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa lebih kurang sejam. Permulaan pendakian agak semput sebab kena mendaki tangga yang agak curam. Lepas tu trek agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Macam kat Bukit Saga, Gunung Datuk & Angsi skit. Tapi mencanak dia tak kejam sangat. Dalam 30 minit korang dah boleh sampai kat puncak kalau tak banyak berhenti rehat. Tinggi dia lebih kurang 200m je dari aras laut. Tak sempat pun nak pewai sangat. pu
Assalamualaikum 25 November 2022, Jumaat 5.00am Hari kelima di Kota Mekah 1. Di Masjidil Haram, kita perlu memulakan tawaf dari Hajarul Aswad. Jangan mula dari sudut-sudut lain pula sebabnya ada jemaah yang tidak tahu ya. Oleh sebab ramai sangat manusia, kalian akan nampak lampu hijau di bangunan kanan kalian, bahagian atas, boleh nampak lampu hijau itu. 2. Di Masjidil Haram, untuk memulakan Saie, cukup sekadar kita berjalan ke arah bahagian under roof, di level Ground juga nanti pusing mana-mana pun boleh nampak arah ke Saie. Untuk Saie di tingkat kedua, kalian perlu keluar dari tingkat 1 Saie dan naik eskulator. Yang ini agak complicated, jadi ringankan mulut tanya pada mutawif ya. 3. Di Masjidil Haram, boleh solat di bahagian Saie. Jangan risau kalau tiba-tiba azan sedang kita Saie, berhenti dan solat beramai-ramai. 4. Kalau nak solat sunat 2 rakaat selepas Saie, jangan berhenti depan pintu keluar, sebaliknya korang solat dekat-dekat dengan batu / kesan baki di bahagian Bukit Marw
Assalamualaikum Hiking : kegiatan outdoor seperti berjalan kaki, mendaki bukit atau gunung yang tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti tali, karabiner, harnest atau ace axe. Jalur pendakian pula dipanggil hiking trails. Mountaineering : kegiatan outdoor mendaki gunung-gunung yang tinggi yang memerlukan kepakaran dan peralatan khusus, mengetahui teknik mendaki, menggunakan ice axe, carabiner, rope, tali dan berisiko tinggi. Mountaineering lebih popular di Eropah, kerana kedudukan geografi pengunungannya yang berupa batuan, ais dan curam. Contoh seperti pendakian ke Puncak Sejati Raung, Puncak Jaya @ Cartensz Pyramid MARI BELAJAR BAHASA HIKERS Ni bahasa ni tak tahulah dapat dari mana. Tapi sering digunakan oleh pendaki-pendaki di Malaysia. Ini adalah beberapa perkataan yang selalu gunakan sewaktu mendaki. Contohnya, pewai. Dulu aku tak tahu pun nate gapo lah pewai tuh! hahaaa... Bila dah selalu mendaki dengan geng-geng otai
Assalamualaikum Cuaca memang panas terik sekarang ni, so sis rasa macam nak berkubang dalam sungai! hahaa Jadi, kali ni kita nak pergi terjun tiruk di Air Terjun Lepoh, Hulu Langat! Ayuh gais! Kenderaan boleh diparkirkan di kawasan chalet ataupun ditepi jalan berdekatan dengan Asli Adventure Base Camp dengan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Kami masuk kat dalam kawasan berpagar ni. Kami park kat dalam dekat dengan kolam ikan dengan bayaran RM5 dan dibayar kepada seorang pakcik yang menjaga parkir di situ. Tenang je kawasan ni. Mengikut pengalaman, sebelum memulakan trek ke air terjun Lepoh, penjaga parkir akan menasihatkan korang untuk memakai pakaian yang sesuai. Boleh pakai kasut hiking atau sandal. Kalau pakai selipar jepun takut putus pula nanti sebab ada part trek yang agak curam. Nak masuk untuk trekking ke air terjun kalau boleh sebelum pukul 12.00 tghari, pengawal kat situ pesan tak boleh lewat sangat. Ada banyak
Comments
Post a Comment
In a nutshell, Thanks for your comment!