Posts

Showing posts from May, 2013

KL Fabulous Food Hunt

Image
Mari memburu makanan!... Kumpulan kami "Sapphire" - Nadz, Diana, Musz & Fik bersedia menakluk KL demi makanan!...woooo!  Ayuh! Life & Times Travel KL Fabulous Food Hunt 2012 telah diadakan untuk kali ke-2, dengan lebih 150 pasukan mendaftar untuk hadiah berjumlah sehingga RM 14000.  Semua pasukan akan bersaing antara satu sama lain dengan hanya menggunakan pengangkutan awam seperti teksi, LRT, monorel, bas ( rasanya tak ade pasukan yang naik bas kot!......hehee...) dan pasukan pertama dengan stamps yang lengkap dalam pasport mereka akan menang!  Dengar macam senang je kan? Peace Yo! Diana & Nadz Lepak dulu di kedai mamak konon-konon merangka strategi baek punye, sementara menunggu flag off. Kami pun tak tau macam mane soalannya nanti sebab ni first time masuk. So tak de nak expect tinggi sangat la..hehee Fik & Musz Semua dah sediakan perut!..Yeahh! We are 'Sapphire' team

Sky Trex Adventure

Image
Assalamualaikum.... When the fun in the forest never end! Korang sukakan tempat tinggi? Ingin rasai keseronokan berjalan dari pokok ke pokok dengan hanya menggunakan satu tali nipis? Jika ya, korang harus cuba Skytrex Adventure. Jom uji ketangkasan dan cabar keberanian korang melalui siri halangan udara yang digantung pada 3 meter hingga 22 meter di udara!. Macam-macam ada disini.. Yang pertama seumpamanya di Malaysia, Skytrex Adventure adalah tempat di mana korang boleh menikmati jungle trekking melalui kanopi dari ketinggian yang tidak pernah korang sampai sebelum ini! Yuhuuuu... Excited! Pintu masuk Terletak di dalam Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. Untuk ke Skyterx Adventure yang terletak 3 kilometer ke dalam hutan, anda perlu menaiki Bas Shuttle. Lebih kurang 5 minit je. Nak naik basikal pun boleh. Bus ride to Skytrex (peace Epa!) Waktu Operasi Ditutup dari Isnin