Filem Travel yang memberi Inspirasi



1. The Beach



The paradise location, Maya bay di Koh Phi Phi Ley

Richard (Leo DiCaprio) bercuti di Thailand, dan bertemu dengan beberapa orang yang sering bercakap mengenai 'The Beach @ paradise', iaitu satu mitos @ lagenda yang wujud di Thailand.

Suatu hari, Richard bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Daffy dalam bilik hotel bersebelahan biliknya. Daffy tahu mengenai pulau rahsia itu & memberikan Richard Peta. Keesokan harinya Richard mendapati Daffy telah mati bunuh diri. 

Richard dan rakan barunya, Etienne dan Françoise dari Perancis, memulakan perjalanan yang adventure & pergi untuk mencari pulau itu, bagaimanapun Richard meninggalkan salinan peta untuk lelaki yang dia jumpa sebelum ini. 
Pelbagai cabaran yang mereka tempuhi untuk sampai ke Pulau tu & sememangnya, Trust me, it's paradise!....


2. The Bucket List



List to to before they die

Edward (seorang billionaire) & Carter (seorang mekanik), menderita penyakit kanser kronik & tiada harapan untuk sembuh. Mereka mempunyai hidup gaya hidup yang berbeza & menjadi sahabat baik kerana duduk di katil bersebelahan & sering bertukar cerita. 

Satu hari dorang terfikir untuk melakukan perkara yang tak pernah dorang buat sebelum ni & mula senaraikan dorang punya 'bucket list', things to do before they die! Lebih kurang dengan bucket list aku jugak...hahaa ;p

Bucket list tu menjadikan hidup dorang lebih baik. Dorang mula membuat perubahan & lebih menghargai saat2 terakhir kehidupan & belajar daripada satu sama lain.



3. Into the Wild


Filem ini diadaptasi daripada kisah benar seorang pemuda bernama Christopher McCandless yang ditemui mati di dalam sebuah bas lama (magic bus) di sebuah kawasan belantara di Alaska pada September 1992. 

Kisahnya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk mengembara dan meninggalkan segala kesenangan hidup serta keluarganya. Dia keluar tanpa wang ringgit. Wang simpanannya $25,000 didermakan kepada sebuah badan kebajikan, baki wang tunai yang masih ada dibakar dan kad kreditnya dipotong dengan gunting. 

Dengan hanya membawa kelengkapan diri yang dimuatkan di dalam 'backpack', dia pun memulakan langkah dari Virginia, Washington D. C. ke Alaska dengan menggunakan nama baru, Alexander Supertramp. Antara plot menarik di dalam filem ini adalah semasa dia menghabiskan sisa-sisa hidupnya (dia ketika itu nazak kerana termakan tumbuhan beracun) di dalam sebuah bas lama yang dijadikan tempat tinggalnya sehinggakan bas itu digelar 'magic bus' sehingga kini.

4. Eat, Pray, Love


Liz Gilbert (Roberts) mempunyai segala-galanya sebagai seorang wanita moden iaitu seorang suami, rumah, harta & kerjaya yang berjaya. Namun dia mendapati dirinya hilang, keliru, dan mencari apa yang dia benar-benar mahu dalam hidup. 

Baru bercerai dan di persimpangan, Gilbert mangambil keputusan melangkah keluar dari zon selesa, mempertaruhkan segalanya untuk mengubah hidup. Memulakan perjalanan untuk melihat dunia yang menjadi satu usaha untuk memperbaiki diri. Dalam perjalanan, dia mendapati keseronokan sebenar dengan makan di Itali; kuasa doa & belajar yoga di India, dan akhirnya dan tidak disangka-sangka, ketenangan dalaman dan menemui cinta sejati di Bali.


5. The Holiday


Dua wanita yang tidak pernah bertemu, mendapati diri mereka di tempat yang sama iaitu mempunyai teman lelaki yang curang. Mereka bertemu dalam talian di laman web pertukaran rumah dan tergerak hati menukar rumah untuk bercuti.

 Iris bergerak ke rumah Amanda yang serba moden di Los Angeles & Amanda tiba di London yang bersalji di kediaman Iris yang cantik seperti desa Inggeris. Tidak lama selepas tiba di destinasi mereka, kedua-dua mereka bertemu dengan lelaki tempatan & bermula episod percintaan yang baru. Amanda tergoda dengan abang Iris yang kacak 'Graham dan Iris, bertemu dengan rakan Amanda, penulis skrip legenda, Arthur.



Comments

  1. Semua filem ni saya dah tengok.... nak tambah 1 filem lagi yg best "The Secret Life of Walter Mitty" ... memang best cite ni dan betul2 memberi inspirasi.... sila2 lah jenguk blog saya.. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah