Posts

Showing posts from July, 2014

Video Travel yang gempak giler!

Image
Assalamualaikum...... Bile tengok video2 ni, aku rase berkobar2 pulak nak pergi travel around da world! Ohsem weyh!!. Tapi kene la kumpul duit dulu & yang penting aku nak beli kamera go-pro!... Boleh la masuk aku punye senarai baldi ni!...hehee... Jom layan video2 yang gempak nih! Around the world in 360 degrees - 3 years epic Selfie... Memang epik! Ni pon best jugak!. Memandangkan air coca-cola ni femes & senang nak cari kat sume negara, so dia travel around the world sambil minum coke! #cokearoundtheworld Move ni memang thorrbaekkk bak ang! Dalam 1 minit boleh tengok 1 dunia! The longest way! Memang perjalanan yang sangat2 panjang dengan berjalan kaki! Ffuhhh.... memang gigih betoi la dia nih! Dari botak sampai lah berjambang! Amacam, best kan video2 travel ni!...  Boleh la jadikan inspirasi bila nak travel nanti! ;)

Kenapa Yahudi mahu Tanah Palestin?

Image
Assalamualaikum Peta Palestin dibahagi 2 iaitu Tebing Barat & Semenanjung Gaza Baitulmaqdis merupakan sebuah kota yang terletak di dalam wilayah Palestin dan diiktiraf sebagai kota ketiga paling suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Dalam kalangan masyarakat antarabangsa, kota ini lebih dikenali dengan nama Jerusalem yang bermaksud ‘tempat yang aman untuk didiami’. Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan. Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia ‘amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa. Dunia ditipu sekian lama! Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Ba

Belajar tawakal dari seekor burung

Image
Assalamualaikum Yakinilah Janji Allah Bahawa Setiap Manusia Telah Ada Rezeki Untuknya.   Manusia diminta untuk berusaha, berdoa dan bertawakkal nescaya ia akan mendapat dan memiliki rezeki yang telah disediakan oleh Allah S.W.T. dimuka bumi ini. "Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar dan pulang petang hari dalam keadaan kenyang." (HR. At-Tirmidzi). “Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3).

IMAN SEEKOR SEMUT

Image
Assalamualaikum Di zaman Nabi Sulaiman A.S, berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu, lantas Nabi Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Sulaiman a.s pun bertanya kepada semut, "Wahai semut , apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki datang dari ALLAH, aku percaya rezeki datang dari ALLAH, aku yakin di atas batu kering di pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku"... Lantas Nabi Sulaiman a.s pun bertanya, "Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan?. Apakah yang engkau gemar makan dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut, "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan"... Nabi Sulaiman a.s pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Na

Siapakah Bani Israel, Yahudi Dan Zionisme?

Image
Assalamualaikum Dalam memahami sengketa antara dunia Islam dengan Zionist, kita perlu memahami perbezaan istilah yang biasanya merujuk kepada mereka. Perkara ini penting bagi memastikan kita berhadapan dengan musuh yang sebenarnya, dan tidak meletakkan permusuhan itu kepada yang bukan musuh. Ada 4 istilah yang biasanya digunakan untuk merujuk kepada mereka, seperti berikut: 1. ISRAEL Israel adalah nama gelaran kepada nabi Allah Ya’qub A.S. Ada yang menyatakan maksud Israel itu sebenarnya ialah kekasih Tuhan. Perkataan Israel juga banyak kali digunakan di dalam al-Quran dengan istilah Bani Israel, dengan merujuk kepada bangsa Israel atau anak-anak dan pengikut Ya’qub yang beriman dan juga yang kufur dengan ajaran Allah. Justeru, ramai berpendapat yang perkataan Israel itu lebih merujuk kepada bangsa mereka secara umum tanpa kaitan dengan agama yang mereka anuti. Ada juga yang berpendapat bangsa Yahudi sekarang di Palestin tidak layak meng

Di sebalik Nuzul Quran & Lailatulqadar

Image
Assalamualaikum PARA ulama sependapat bahawa peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan, malam Jumaat, tahun ke-41 daripada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ memberi makna turun atau berpindah dari atas ke bawah iaitu al-Quran itu diturunkan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah (langit dunia) dengan sekali gus dan bukan beransur-ansur. Al-Quran bermakna ‘bacaan’ yang di dalamnya terkandung ayat-ayat (tanda-tanda) yang menjelaskan segala perkara meliputi persoalan tauhid, ibadat, jinayah, muamalat, sains, teknologi, tatanegara dan sebagainya. Ahli tafsir memberi pengertian dengan bacaan itu ialah merenung dan memperhatikan segala penciptaan ALLAH SWT di langit dan di bumi yang meliputi alam semesta ciptaan-Nya. Al-Quran merupakan mukjizat teragung dan terbesar di sepanjang zaman yang dianugerahkan ALLAH kepada Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi akhir zaman. Al-Quran dapat dipegang, dibaca, dilihat oleh semua manusia untuk panduan hidup di dunia dan d

POKOK GHARQAD. pokok yahudi

Image
Assalamualaikum..... Inilah pokok Gharqad @ pokok yahudi. Kenapa ia dipanggil pokok yahudi? Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih : “Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalik batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan bersuara ‘Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya’, kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi”. (no 7523 , riwayat Muslim) Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam.  Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok

Siapa Israel?

Image
Assalamualaikum.... Siapa itu Israel? Selepas melihat dokumentari ni, korang akan lebih jelas siapa Israel sebenarnya..

Mueeza, Kucing Kesayangan Nabi Muhammad S.A.W

Image
Assalamualaikum.... Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu ketika, di kala Nabi hendak mengambil jubahnya, ditemuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai di atas jubahnya. Tak ingin mengganggu haiwan kesayangannya itu, Nabi pun memotong bahagian lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan menunduk kepalanya kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Kucing munchkin kaki pendek Dalam aktiviti lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, Nabi selalu menggendong Mueeza dan di letak dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Nabi sukai ialah ia selalu mengiau ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan. Kepada para sahabatnya, Nabi berpesan untuk menyayangi kucing, seperti menyayangi keluarga sendiri. Hukuman bagi mereka yan

Pokok yang diberkati

Image
Assalamualaikum..... Sebatang pohon rendang di tengah-tengah padang pasir ini masih lagi hidup subur. Pohon bertuah ini yang dipanggil sebagai Pohon Nabi, masih lagi hidup subur biarpun sudah beribu tahun kewafatan baginda Rasulullah SAW. Kenapa pohon ini dinamakan sebagai pohon Nabi? Sebenarnya, Pohon Nabi merupakan pohon yang pernah menaungi Nabi Muhammad SAW dari panas terik matahari.  Suatu ketika dahulu, Rasulullah SAW melakukan perjalanan menuju negeri Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatina Khadijah R.A untuk berdagang, Rasulullah SAW pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah SAW berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi baginda Rasullullah dari panasnya terik matahari. Tatkala itu, seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah SAW itu lalu berkata : “Hanya seorang Nabi saja yang bertedu

kelebihan Bersahur

Image
Assalamualaikum... Haa... korang bangun sahur tak pagi tadi? Rugi la kalau tak bangun sahur. Sahur ni banyak kelebihannya walaupun dengan minum seteguk air. Ni dia Hikmah2 kalau kita bersahur : Dapat mengamalkan Sunnah Rasulullah SAW. Dapat menjauhi amalan puasa bangsa yahudi, yang berpuasa tanpa sahur. Membekalkan tenaga untuk beribadat kepada Allah SWT. Meningkatkan keikhlasan untuk beribadat kepada Allah SWT. Menghilangkan perasaan marah ketika beribadat. Doa semasa bersahur amat mustajab di sisi Allah SWT. Semasa bersahur kita akan mengingati Allah SWT kerana kita bangun bersahur sebagai permulaan melakukan ibadat kepada Allah SWT. Hadis Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur karena di dalam bersahur itu ada keberkatannya.  Selamat bersahur!

mari bersahur

The Lord of Gunung Irau

Image
Assalamualaikum.... Seminggu sebelum puasa, aku sempat pergi mendaki Gunung Irau. Aku join trip ni pon atas ajakan member, tarikh pun cun, aku pon on je la. Serious xde prepare ape pon nak mendaki ni! Exercise pon tadak... Jom kasi redah!.... naik 4x4. Bersesak la kat dalam tu macam ikan sardin.. hahaa Kitaorang seramai 12 orang & semuanyer gadis2 only! Kitaorang xkenal pon tapi sume ok je sekepala... hehee.. Untuk mendaki ni kitaorang ade guider. So dialah yang arrange untuk apartment, transport, permit, makan sume.. selpi ckit... sejuk menggigil dah nih!..... hehee Nak masuk ke kaki Gunung Brincang, memang akan lalu Ladang Teh Sg Palas... Pheww... cantik gler view kat sini!.. Rase nyaman jer dengan kabus pagi2 ni.. sejuk!! Ladang teh the road not taken Menyusuri laluan yang curam, penuh berliku & corner2 sempit nak naik ke Brincang! huhh... pening gak kepala.. Are you ready guys??! Gunung Irau @ Mossy forest ni mempunyai