Pulau Perhentian Part 2



Assalamualaikum......



28 September 2014, Ahad


Hari kedua di Pulau Perhentian. Seawal pagi lagi aku & da geng dah bangun dan bersarapan di anjung resort yang mengadap laut nan membiru. Fuhhh... Rasa segar sedut udara laut & layan bunyi ombak memang syiookkk!. Menu sarapan yang disediakan resort ada nasi goreng, roti bakar, bubur nasi & buah. Puas jugak sarapan ni, memang perut kena isi penuh-penuh sebab kejap lagi kitaorang nak berendam seharian kat laut.

Breakfast dulu
Ada nampak biawak besaq gila...
sebijik cam biawak yang nak makan budak kat Pulau Tioman haritu...

Santai pagi tepi laut sambil layan deruan ombak dengan angin sepoi-sepoi bahase!... ahh bahagienyerrr!!

Beach girl with sexy beach boy!
My travel partner! Sang Elang
Ko jangan nak terbang2 eh burung! Jom ikut aku menyelam harini!
 #followmeto inspired by Murad Osman
Bawa daku pergi......
Laju2 buaiku laju!.... aku nak kawen dengan anak raja..... ~ lalalaa

Jumpe lagi geng yang sama satu bot masa kitaorang datang haritu... ;)


Snorkeling merupakan aktiviti yang wajib buatlah kalau dah ada kat pulau yang airnya jernih kebiruan yang nampak dasar laut nih!. Sekitar Pulau Perhentian ini, banyak spot-spot menarik untuk snorkeling. Snorkeling ni jugak dah termasuk dalam pakej Senja Bay.

Yeayy let's start our journey!
Kampung Nelayan
Kelengkapan snorkeling macam life jaket, mask snorkel semuanya telah disediakan dalam pakej. Tak perlu nak sewa kat mana-mana tempat lagi. Tapi pak cik bawak bot tu cakap mask snorkel tak cukup!... Aik boleh pulak tak cukup?? Dia pon pegi pinjam kat kawan2 dia kat perhentian besar & kampung nelayan. So dia bawak kitaorang jalan2 dulu tengok kawasan keliling pulau dengan misi pencarian mask! hahaa...

percikan air!
Tuna Bay Island

Ni di sekitar Pulau Perhentian Besar




Jeti Taman Laut ni pon kat Perhentian Besar




Untuk aktiviti snorkeling ini, boat akan bawa kitaorang ke kawasan yang memang femes & menjadi tempat tarikan pelancong seperti:

1) Fish Point
2) Shark Point
3) Kampung Nelayan
4) Turtle bay
5) Light house
6) Romantic Beach


Tudd dia dari jauh penampakan windmill spot yang kitaorang gigih daki tengahari buta semalam!... hahaa
mereka2 yang dah tak zabarr nak terjun! hahaa


Ni spot pertama untuk buat water confident. Coz ade beberapa yang baru first time nak snorkeling. So kasi dorang confident dulu... hehee .. yang penting kene tenang je bila masuk dalam air.. Kalau engko menggelabah tu yang rasa nak lemas & tenggelam walaupun pakai life jacket.. lol



Tengok brather ni ilekk ajerr!.. bestnyer terapung2 camni. Senang nak tangkap gambar angle2 terbaik!




Cantik gila coral & ikan2 kat sini!




Tu dia bajet snorkel like a pro!;p

Edisi khas berlari dalam air! hahaa




Besar giler penyu tu!
Seterusnya kitaorang bergerak menuju Turtle Bay. Untung sapa yang pandai berenang.. Leh pergi sampai dasar tangkap gambar penyu tengah bersantai2!...

peace!
Eriza nak lemas! tolong2!!! ;p

Sebelum nak turun bot, pak cik bawak bot tu kene cari dan adjust dulu kedudukan penyu ni. Bila bot dah dekat dengan penyu, apalagi semua orang terjun la dalam laut!. Memang besar penyu ini! Macam dinosaur pun ada aku tengok. 

So follow lah penyu ni mana pun dia pergi sampai puas! Tapi bila nak sampai dekat penyu tu, dia berenang laju pulak, sempot iolls nak kejar... kalau ko memang terer berenang boleh la kejar berenang bersama2!.. hahaa..

Memang jakun jugak la tengok penyu sebesar tu secara live. Penyu ni kan susah nak jumpa, amat rare dan hampir pupus.



2 ekor penyu tengah melepak!

Penyu ni digolongkan di dalam haiwan vertebrata (bertulang belakang), kelas reptilia sama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu juga mempunyai kulit yang bersisik (di bahagian tidak bercangkerang), bernafas melalui paru-paru, mempunyai suhu badan yang mengikut suhu persekitaran, bertelur dan merupakan haiwan marin.

Penyu telah wujud semenjak akhir zaman Jurassic (145 - 208 juta tahun), iaitu sezaman dengan dinosaur. Walaupun penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. 

Penyu nak bernafas kejap..

Best gila dapat tengok penyu ni dari dekat! Dari tadi letih dok kejar2 tak dapat!. Berenang laju sangat! Pastu tetiba penyu ni timbul kat permukaan air nak bernafas. Dapat la aku usap-usap sikit!..Kulit dia kesat!.. Tapi mesti dia pon rasa tak bernapas sebab manusia ramai kat keliling dia dok buat syok tengok dia timbul. Semua excited giler dapat tengok penyu! hahaa... Mungkin penyu ni pon dah bosan tengok manusia selalu jengok dia kat situ. ;p

Ni memang angle terbaik pak cik bot tu tangkap gambar!



Try to be like the turtle - at ease in your own shell.



Pondok bomba

Dah penat dok kejar penyu bila naik atas bot, perut pun dah berkencorong lapar! Singgah dulu makan dekat kampung nelayan. Ada banyak kedai makan di sini. Di kampung nelayan ini ada penempatan penduduk. Makanan kat sini ok la takdelah mahal sangat.


Pondok polis
Aku dok perati kat sini macam2 jugak ada. Ada sekolah, ada balai polis, masjid, kuburan, balai bomba dlln. Bestnya kalau kampung aku kat pulau ni kann!




Kat sini tak boleh nak seksi menyeksi k! Siap dah kasi warning! lol
Aku tibai makan nasi goreng pattaya
Sauh tongkang
Lepas makan lepak2 dulu kat jeti kampung nelayan ni..
Beribu2 ikan kekek mak iloi2 woi!.....

Sambung balik snorkeling kat shark point pulak. Aku menaruh harapan tinggi ni nak berenang2 dengan shark!. Cari punya cari punya cari tak jumpa pon.. cedih angat! huhuuu... time ni kan nak musim tengkujuh dah.. mesti shark banyak dah lari pergi tempat lain.. member aku cakap kalau nak tengok ikan shark banyak kene pergi masa awal2 tahun... time tu memang lagi banyak ikan & laut memang cantik gilerr... skang ni pon aku dah rasa laut cantik giler... kalau awal taon lagi gilerrrr3 cantik la kan!!!




Tak dak shark, kita layan tengok coral je la... Ahhh Cantiknya! Nasib bek ade underwater camera ni.. Boleh la aku tangkap gambar sepuas hati... hahaa ;p









Thorrbaekk!







Best gila, ko boleh bagi ikan makan roti. Tapi geli sikitlah, sebab ikan-ikan ni sangat rakus. Bila ko pegang je roti, semua ikan tu macam tak tentu arah serbu ke arah ko. Homaigadd, aku pulak jadi menggelabah sume ikan dok kerumun kat aku! sampai tangan aku pon depa nak gigit!... bhahaaa

Anak2 ikan, Come2 to mama! hahaa...








Haa dekat sini paling aku suka sebab coral dia masyaAllah, cantik bebeno. Ada coral yang besar sangat sampai boleh berdiri atas dia dan tetiba ada celahan coral yang terdapat banyak ikan2 berwarna-warni.




Next kitaorang ke Light House. Kat sini siapa nak tunjuk bakat terjun gaya bebas ke, buat terjunan ala-ala pandalela ke silakan di sini. Laut kat sini berombak dan dalam. 





Inilah pemandangan bawah laut masa aku nak panjat tangga kat umah api ni.. Dah macam bangkai Titanic aku tengok!... takut pulak aku kalau tetiba je tiang dia roboh ke... hahaa



Panjat jangan tak panjat!
Bersantai dulu kat atas ni!
Yeah penerjun pertama dari Angola!





Ni la geng2 yang sempoi satu bot ngan kitaorang!








Aku terjun sekali je dah cukuplah sebab gayat jugak nak terjun dengan ketinggian jeti tu. Padahal tingkat satu je pon.. Kalau yang naik sampai tingkat atas tu memang dasyat r!... Memang berdebar sebelum terjun. Tapi bila dah terjun rasa puas dan seronok. Pastu sakit air masuk hidung! Hahahaa.


U jump I jump!
best!!





Ikan belang-belang





Pelbagai jenis Terumbu Batu Karang yang cukup cantik!




Next destination!


Cuba teka ni binatang ape?? Pink ade hitam pon ade!




Aku dengan konfiden, buat2 berani & eksitednya cakap kat member2 aku, weh tengok r ni aku pegang gamat!!! weyh gamat weyhh!! hahaa... Bila pegang kulit dia rase licin, lembek2 & melekit... dorang yang lain pon cam nak pegang jugak tapi geli mat2 geli mat!... hahaaa


Sekali pak cik bawak bot tu bagitau ni bukan gamat la... kitaorang mane tau ingat ke ni gamat... hahaa.. Ni sebenarnya timun laut la adik oiii! owhhh timun laut rupenyerrr... kalau gamat tak de nyer dia nak bersepah2 kat situ..mesti orang dah kutip juai dah!... ni timun laut je..

Muka buat2 berani!





Ok, dah penat layan laut, pit stop last kitaorang pergi kat Romantic Beach. Perghhh.... memang Romantik habis! Korang mesti terpukau dengan pasirnya yang halus & putih, lautnya biru.




Apa benda ni? Ha, ini adalah coral mati yang digantung di dahan pokok bagi membangkitkan mood2 romantik! kreatif kan! Sesuai sangat nak bercinta kat sini! Dalam kepala dok berangan tengah fefeeling romentik habis dengan jejaka idaman!... Siapakah??? ;p…  hahaa...





Kami sampai petang, so terik dia memang membakar jiwa. Bakar muka jangan cerita lah. Dah sunburn habis ni. Puas bergambar sakan, aku swim kejap ke laut. Dalam pukul 5 petang kitorang gerak balik ke coral bay. 



Tinggalkan jejak kat sini
Tiga ekor ni tak kuar2 dari air!...
kemon la orang datang sini nak amik mood romantic! ;p hahaa


Dah nak balik baru sempat nak ice breaking..hahaa. Dorang pon suma dari KL jugak..




Turun bot dengan penuh gaya!


Layan sunset dulu!


Lawa giler sunset kat coral bay ni!. Selalu depa yang dari Long Beach pon akan turun kat sini semata nak layan sunset...





Malam bulan sabit

Malam ni kitaorang dinner kat Long Beach... Konon2 nak tengok fire show.. Aku pon tanya la orang yang kat restoran tu. Fire show xde ke pak cik? Owh skang orang yang main api tu dah tak de. Dorang sume mamat2 salleh yang dok singgah bekpek kat sini je... Dorang dok merantau sambil2 buat fire show kutip duit poket pastu dorang pegi tempat lain pulak... Aiseh... kempunan nak tengok fire show! 




Layan penkek coklat



In a nutshell, tick off aku punya bucket list senarai-baldi-saya nak datang Pulau Perhentian & berenang sama penyu!  Memang best giler snorkeling kat sini... Next time aku nak try scuba dive plak!....

bersambung part 3.....









Comments

  1. Cantiknya pulau perhentian.. Btw, sume pic ni u snap gune sj cam wifi eh..lawa laa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade jugak gambar yang pakai i-phone & kamera Lumix Panasonic.. kalau yang dalam air sume pakai SJCAM

      Delete
    2. Oic..nk tnya review awk sbg pengguba sjcam..ok x? Sjcam ada timer x?

      Delete
    3. saya ade buat review pasal SJCAM.. leh tengok previous entry.. so far SJCAM sangat ok! Ada timer & senang nak guna..

      Delete
  2. Replies
    1. Rindu perhentian!... hahaa.... kalau nak repeat pergi skali pulau Rawa & Aur..

      Delete
  3. lawa!

    sila dengar lagu saya psal pulau perhentian--> http://youtu.be/JD9sN5XuBHc

    ReplyDelete
  4. cantiknya. tak sabar nak pergi tapi next year lah hahaha. geli tak babe masa ikan tu datang dekat ? and sapa amek pic masa you lompat tu ? 0,0

    ReplyDelete
  5. sis ni dua hari on camera berapa biji batery camera bawak ye? pastu satu lgi kt dlam air pakai floating pole ke bobber ke monopod biasa? thank you

    ReplyDelete
  6. dah 6 tahun berlalu. dah jumpa lom jejaka idaman tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Udah ketemu jejaka idaman malaya... hahaaaa

      Delete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS