Jalan jalan ke Kota Singa pt 2



Assalamualaikum......




28 Disember 2014, Ahad 2.00pm


Kita sambung lagi jalan-jalan kat Kota Singa ni..



Kitaorang meneruskan perjalanan dari Sentosa menuju ke stesen Clarke Quay. Kat sini kitaorang tunggu kat stesen bas betul2 kat pintu keluar MRT ni. Kat sini ade macam2 bas pelancong yang open top tu. Bas yang kitaorang naik ialah bas FUNVEE Open Top Bus Tour. Tapi sebelum naik kene la tunjuk Singapore tourist pass plus yang aku beli kat Harbourfront semalam.



Yeayyyhh!
Kalau tengok traffic kat Singapore ni smooth jer.. Ta de traffic jem. Tak banyak kereta. Sebabnyer memang mahal kalau nak pakai kereta kat sini. Banyak orang guna public transport jer.. Dia punye public transport memang Tip-top lah! MRT & LRT dia semua tempat ade link. Bas dia pon memang ade banyak, punctual, sharp on time. Menang senang & thorbaekkk!

Hotel 81
Eye of Singapore

City Sightseeing

Naik bas open top untuk city tour ni best! Kalau tak de pass tu, nak naik bas ni kene bayar lebih kurang SGD 33 (RM85+-) selama satu jam. Dia akan bawak tour berjalan-jalan di Little India, Kampong Glam, Civic district, Chinatown, Clarke Quay, Havelock Road dan Orchard Road. Kalau tak nak turun dari bas pon tak pe.. Usha dari atas bas jer.. Rase macam dah habis satu Singapore ni dia pusing. 


Korang boleh check waktu perjalanan bas ni pukul berapa & dekat stesen mane kat brochure masa beli Singapore Tourist pass tu. 

Marina Bay
Garden by The Bays

Dah habis round sejam, dia akan berenti tempat yang sama masa naik tadi. Skang kitaorang nak naik Bubble Jet Ride pulak. Dari Clarke Quay tu, korang kene jalan depan skit ke Promenade. Kat sepanjang sungai tu ade bot-bot.

GX5, Extreme Swing Singapore





Kitaorang berjalan menyusuri Singapore River menuju ke Promenade, dari jauh dah terdengar suara orang menjerit-jerit..rupa-rupanya dorang naik buaian gergasi..Singapore Swing.. Ni macam G-force kat Sunway LAgoon tu.







Jalan punya jalan kat sepanjang tepi sungai tu, tanya orang yang jaga bot. Kat mana nak naik Bubble Jet Ride ni??.. Sume cakap depan lagi, depan lagi... kitaorang rasenye dah tawaf sepanjang sungai tu dah dok pusing2... adehh..





Jalan lalu lorong bawah tanah.. jauh giler kot jalan kaki...





Akhirnyaaaa.... dihujung2 jalan. Jumpe gak stesen untuk naik Bubble Jet Ride ni. Korang kene pergi kat River Explorer. Dorang patut kene letak signboard besar skit untuk yang pakai Singapore Tourist Pass Pluss ni. Coz ade jugak tourist mat salleh yang sesat nak cari Bubble Jet Ride ni cam kitaorang. Pastu siap mengamuk kat kaunter tu.. hahaa.. Kat sini tunggu lama jugak.. bot sampai setiap sejam kot.



Yeahh dapat jugak naik bot!




Ade budak nak terjun sungai!

Tu dia mulut singa dah kuar air dah!


Cuci tangan jap!
Haus sangadd dah nih!
Marina Bay



Merlion Park



Singa adalah lambang kegagahan negara ni. Memang tempat wajib singgah lah kalau dah sampai Singapore nih! ;)



Baby Merlion!
ouchh sensored!


The Fullerton Hotel
Fullerton Building



Next destination, turun di Bugis station..

Jalan-jalan cari makan di Arab Street. Dari stesen Bugis nak ke Arab street kene jalan lebih kurang 15 minit jugak la..




Kitaorang makan di Restoran Zam-Zam. Menu haruslah makan nasi briyani dan murtabaknya yang famous tuh!.. Nasi dia banyak giler! Macam tau2 jer kitaorang tangah kebuloq... haha





Murtabak dia pon besak gila!

Total makan SGD43.. xyah convert... hahaa.. tapi harga standard la kalau makan nasi beriani kat sini pon lebih kurang jer harga dia...

Singapore Zam Zam

Next, shopping souvenier kat Arab Street & Bugis street. Kat sini harga dia boleh tahan murah la.. ala2 kat Jalan TAR & Petaling street tu.



Next, kitaorang naik MRT ke Bayfront nak tengok wonderful show.



Marina Bay Sands



Dari stesen bayfront tu, kitaorang terus masuk kat dalam Marina Bay Sands. Marina Bay Sands ni one of the best shopping mall kat Singapore. Serius lawa giler dalam mall nih! Ade sungai & boleh naik sampan macam ala2 kat The Mines tuh!



Dalam ni kalau nak shopping memang kopak la.. Kalah Pavillion! Takat cuci mate boleh la... hahaa... Tengok tu ade escalator tinggi giler sampai ke rooftop!



Rain Oculus

Sementara nak tunggu Wonderful Show start kul 9.30pm, kitaorang jalan2 dulu dalam mall ni sampai ke rooftop.



Chanel


Cun giler View Marina Bay hotel dari rooftop Marina Sand Bay nih. Syok jugak lepak atas bumbung ni.. Port orang2 berdatim jer ramai! 


Wonderful Show


Venue: Event Plaza at the Promenade, Marina Bay Sands.

Nearest MRT station is Bayfront.



Show Schedule:
Sunday-Thursday: 8pm, 9:30pm
Friday, Saturday: 8pm, 9:30pm, 11pm




Show ni tiap2 malam ade. Special nya show ni, lampu-lampu laser dipancar kat percikan air mengikut muzik selama 15 minit. Memang best! Yang penting free jer! hahaa...







Ombak

Ned Kahn's Rain Oculus is a 22-meter diameter acrylic bowl set on a 90-ton steel and acrylic structure. It releases a swirling vortex of water from a hole in its base to the canal that runs 2 stories below.






Balik kat hostel, dah macam zombie. Extremely exhausted. Saharian suntuk berjalan round Kota Singa ni walaupun kaki lenguh macam nak tercabut. 

Esok sambung lagi... k bye!



Previous Entry :



Eps 2 : cara nak ke uss






Comments

  1. wow..bestnya. Rasa mcm nk gi Singapore bulan depan tp x comfirm lagi. Mana nk dpt Singapore Tourist Pass tu ea?
    Do visit my blog kalau rajin. http://zasplace.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. wahh bestnya awak.. ni yang buat terasa nak repeat Singapore lagi ni hehehee

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah