Bukit Malawati, Kuala Selangor





Assalamualaikum....





 Musim mengawan ehh ehh... mengawen sudah mari!... Jom2 pakat ramai-ramai pergi makan kenduri!



With Cik Ain, my trustee Trader! yang bakal kawen jugak tahun nih!
Wefie!

Selamat Pengantin baru kepada Syahril, geng backpackers & geng hiking yang dah selamat menikah dengan gadis idamanya! Lepas ni nak pergi bekpek leh la bawak bini! lol ;p



Tumpang amik gambo kat pelamin jap yer! ;p


Aku  : Heyyyy whats up, selamat sudah bro!! Ehhh cover sikit makan, ko tu       
          pengantin! bebbb ade ayam terlekat kat gigi besi!

Syaril : Weyhhh thanks datang! Ha tersangkut ayam!??? Opssss @*%$......    
            gulp2!

Aku : koh koh kooh ;p


Disclaimer : rekaan semata-mata! *Syaril muka dah blushing! ;p


Lepas dah habis bersanding, kitaorang saje nak menyibok kat dorang punya wedding photoshoot! hahaaa... Dah alang-alang datang jauh-jauh ni, nak usha jugak tempat ape yang menarik kat Kuala Selangor nih!


Lokasi nak berphotoshoot di Bukit Malawati. Tak kan nak berhiking pulak dah pakai vogue2 macam nih! ;p... hahaa.. Trem disediakan untuk naik atas bukit ni! Harga tiket RM3 seorang. Woahhh.... Pengantin dapat seat special kat belakang skali!


BUKIT MALAWATI ni jugak dikenali sebagai Bukit Selangor terletak di Kuala Selangor. Kedudukan Bukit ni cukup strategik, menghadap laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Kedudukannya di tempat tinggi sangat sesuai sebagai kubu pertahanan. Musuh yang datang dari bawah dapat dikesan dengan mudah. Oleh sebab itu, Bukit ni pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Selangor pada akhir abad ke -18 dan awal abad ke -19. Sultan Abdul Samad pernah bersemayam di sini sebelum berpindah ke Bukit Jugra di Kuala Langat.


Lawa view kat atas ni!
Awek meriam! hahaa,,, ;p



Rumah Api yang terletak kat sini jugak dikenali sebagai Rumah Api Altingsburg bersempena dengan nama Gabenor General Belanda dibina pada tahun 1907 dan beroperasi secara rasminya pada 1910.  


Hai aku apa khabarrr??
Rise of the Planet Apes!
Apa yang menariknye kat sini ialah ada banyak gila monyet! Ni spesies´Silver-Leafed´ ataupun dipanggil Lotong! Menurut salah seorang penduduk tempatan yang bekerja sebagai penjaja makanan monyet ni bagitau, monyet ni berasal dari hutan paya bakau berdekatan.

Selfie ciked! Smileeee!..... ;)
 Lotong ni akan naik ke puncak Bukit Melawati pada siang hari kerana telah menjadi rutin harian mereka untuk mendapatkan makanan seperti kacang panjang, kangkung, pisang atau roti daripada para pengunjung yang datang.




Pengantin tengah pening tak tau nak buat posing apa dah! Photographer pon tengah pening dengan mereka2 yang sibuk nak enterprame kat belakang tuh! bhahhaaaa!... ;p


Ok ta pe kitaorang ta kacau dah! Kita selfie je lah! koh3....


 Lutong ini nampaknya dah biasa dengan manusia .... Dorang memang jinak tapi boleh bersifat aggresif sekiranya diganggu .....


Lutong adalah species yang berada dalam kategori 'Hampir terancam'. Aku pon first time tengok monyet kaler kelabu nih! Comel gilerr anak lotong ni kaler oren! omey omey!...




In a nutshell, buat Syahril & isteri :


Selamat Pengantin Baru! "Barakallah lakuma wajamaa' bainakuma filkhair"
(Semoga Allah memberkati kamu berdua dan menyatukan kamu berdua dalam kebaikan!.. InsyaAllah)








Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Asykar Pencen!

Bukit Marak, Kelantan

BAHASA HIKERS

Bukit Keluang, Besut