Eps 4 : Jalan jalan Desa Cattle Dairy Farm





Assalamualaikum...



28 Februari 2015, Sabtu 2.30pm





Wallaweyhhh!! Sudah sampai bah di Kundasang!


Kundasang ni ialah pekan kecil di Ranau dan semakin hampir dengan Gunung Kinabalu. Pemandangan di sini lagi mengujakan, lebih indah dan lebih mendamaikan dengan udaranya yang sejuk. 

Geng gila2 selfie! Pantang nampak monopod! hahaaa... ;p
Nampak tak keterujaan mereka-mereka ni semua! Ni baru kat depan pintu dia. Belum masuk dalam lagi nih! hehee

Hasil selfie gambar kat atas tu! Nice shot! ;)
Sorang tu tengah layan perasaan pandang gunung kinabalu! hahaa

'Sayang Kinabalu'

Tinggi tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi sayang sama kamu
biru biru hujung kinabalu tengok dari jauh 
hati saya rindu...

Kinabalu dekat di kundasang
banyak sayur bulih pilih pilih
apa guna pergi luar negeri naik kinabalu 
hati saya rindu....

sumandak sumandak pun ramai menunggu 
menari-nari lenggang sumayau
sekali melihat melepak kulitnya
saya jatuh cinta....


Kat sini baru boleh nampak view Gunung Kinabalu dengan jelas! 
Cantik bangat bah!



Zoom kamera kot2 boleh nampak orang tengah mendaki ker?? Tu dia..... nampak biru-biru hujung Kinabalu! lol

Yeahhh!
Pintu masuk

Nak masuk kene bayar RM4 hengget! Kalau nak buat wedding photoshoot kat sini best jugak nih!.. #verangan hahaa



Boleh buat cover album boyband nih! Nantikan kemunculan single kami 'sayang kinabalu'! bhahaa... Boleh bah kalau kau!


Weyhh tak boleh jadi nih! Cisss! Dia naik kat atas batu tu sorang-sorang! hahaa


Gayat jugak nak panjat atas batu nih sebab licin! Baru kat sini kau dah gayat, kalau kat atas gunung tu nanti tah macam mana la nak handle! lol

Bajet macam ala-ala kat atas puncak dah nih!

Desa Cattle Dairy Farm ni ladang lembu susu terbesar di Sabah. View kat sini memang sangat-sangatlah lawa! Dengan kehijauan rumput yang terbentang luas macam suasana ala-ladang di Eropah. Memang macam kat New Zealand betul-betul dah! Aku pon mengalami kekeliruan & kecelaruan akal akibat jalan yang berpusing bersimpang siur tadi! Aku kat NZ ke skang ni??? ;p krik krik krik...


Sebenarnya, rumput kat sini tak sama seperti rumput-rumput yang biasa korang tengok kat tempat lain. Ni rumput khas yang diimport dari New Zealand dan Austalia bersesuaian dengan suhu purata di kawasan ni iaitu antara 20 hingga 24 darjah Celcius. Kat sini pon dah rasa sejuk!




Memandangkan suhu di kawasan ladang Desa Cattle ni agak rendah, maka proses pembenihan dan penanaman rumput import di ladang ni tak menjadi masalah, sebaliknya tumbuh subur seperti di New Zealand dan Australia. Patut la cantik rumput dia! 






Dengan warna putih bercorak hitam, lembu daripada jenis baka tulen Holstein-Friesiens ni menjadi 'perhiasan' kepada rumput yang terbentang luas dan menghijau! Baka lembu ni semua diimport dari New Zealand dan Australia! Semuanya barang import baik punya nih! 



Tapi bau rumput dia harum la dengan ketahitan lembu-lembu ni! ;p hahaa.. Sure terpijak punya kat tapak kasut korang kalau masuk kat dalam ni! 


Layan selfie sorang-sorang kat tengah ladang!

Fefeeling ade kat New Zealand!




Ladang ni menyediakan banyak makanan yang berasaskan industri tenusu. Semuanya di sediakan secara segar. Aiskrim, waffle, yogurt, susu berperisa dan macam-macam lagi. Dah datang sini kena la try minum susu yang memang fresh & terbaekkk dari ladang! Memangg umphh lah susu dia, terasa kelembuannya! Moo... moo....




Ada dinding kaca yang menunjukkan bagaimana proses pemerahan susu dilakukan terletak di sebelah belakang. 



Lembu bertompok-tompok hitam putih ni bersaiz agak besar daripada lembu biasa. Lembu jenis ini menghasilkan susu tertinggi dan popular di seluruh dunia. Seekor lembu mampu menghasilkan 14 liter susu sehari. Selain lembu, kambing pun ade diternak di sini. 



#followmeto
Jejaka-jejaka terhangat di pasaran! ;p
Tengok apa dia tah?? hahaa
Sedapnyerrr!
Awat Cikgu Zul dok tersidai ke tersadai atas batu tu?? hahaa
I'm sexy & I know it!


Aihhh... rasa tak puas pulak dok kat sini! Cantik gilerr! Masa pon tak mengizinkan nak dok fefeeling lama-lama kat sini. Lepas ni nak pergi check in kat Mesilau pulak!



Previous entry :










Comments

  1. Hi Nadzirah,

    Cantik sangat tempat ni.
    Haruslah menyinggah kalau ke KK nanti

    ReplyDelete
  2. terbaik la post ni..baguih punya research..keep it up!

    ReplyDelete
  3. cantiknya gambar .. pakai kamera apa?

    ReplyDelete
  4. pemandangan indah. Teringat kat new zealand.

    ReplyDelete
  5. Salam KEnal.

    Ya Allah....cantik sangat kat sana....tenang sekali

    ReplyDelete
  6. salam ukhwah Nadzirah.. update lagi ya gambar2 & cerita ke gunung kinabalu ni.. anak2 belum ready nak di heret naik gunung ni. insyaallah tahun depan ok kot..

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah