Posts

Showing posts from April, 2015

Part 4 : SkayCab, SkyDome, SkyBridge & SkyPos

Image
Assalamualaikum.... Ahad, 29 Mac 2015, 9.00am Harini sambung jalan-jalan lagi kat Langkawi!  Kita ke Sky Cab di Gunung Mat Chincang! But first lemme take a selfie! lol :p Pemandangan indah puncak gunung dari bawah! Sebagai warganegara, korang bolehlah menikmati harga tiket 1Malaysia RM20. hahaa... Sebelum ni tiket RM15 jer, tapi dah naik sejajar dengan pertambahan aktiviti iaitu SkyDome yang baru je dirasmikan oleh Tun Mahathir pada 1 September 2014. Dari kaunter masuk, kitaorang terus dibawa ke SKYDOME yang bernilai RM1.53juta! Apa ada dalam ni? Macam ala-ala kat planetarium negara jer! Ada kerusi yang sedikit menyandar dan ada layar gergasi. Kene melangut ke atas tengok screen dia. Rasa teruja jugak sebab tempat ni merupakan yang pertama ada Skydome di Asia. Tujuan dibina untuk mengurangkan kebosanan semasa menunggu. Persembahan pun tak lama, 10 minit je. Keistimewaannya, ada 12 projektor, boleh tengok 360 darjah dengan imej 3D. Kesi

Part 3 : Pantai Tanjung Rhu, Parasailing Awesome, Aiskrim Fantasy

Image
Assalamualaikum.... Sabtu, 28 Mac 2015, 2.00pm Lepas dah mandi-manda & layan view kat laut Andaman tadi, pak cik bot tu terus hantar kitaorang kat sini!  Ehhh eh geng, kita dah sampai kat Thailand ke ni beb??  krik krik krik.... Tadaaaa... Ni la pantai Tanjung Rhu! The view is superb! Rasa macam kat Phuket pulak! koh koh koh Cubaan gagal untuk mengalihkan pulau! lol Pantai Tanjung Rhu di Langkawi ni adalah sebuah kawasan pantai yang lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan antara kawasan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh gergasi media CNN. Di sini, jumlah pengunjung lazimnya sangat kurang dan hanya ada gerai-gerai kecil berbanding di Pantai Cenang. Tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di sini selain mandi dan berehat di tepi pantai. Kat sini juga tak boleh nak fefeeling layan sunset sebab perlu keluar sebelum pukul 7 petang melainkan