Eps 8 : Menuju Puncak Gunung Kinabalu!



Assalamualaikum....


2 Mac 2015, Isnin 1.00 pagi


Pukul 1 pagi suma dah bangun nak bersiap-siap.. Aku rasa macam pening-pening sikit dengan hidung meleleh berair sebab cuaca yang memang sangat sejuk. Suhu negatif bape tak pasti pulak.. Sehari sebelum mendaki haritu aku dah telan ubat Diamox tu beberapa biji untuk elak AMS. Ade efek sikit ubat tu, korang akan rasa mengantuk & tangan rasa kebas-kebas. Aku berdoa banyak-banyak supaya tak terkena serangan AMS tu. Kalau tak memang hancus berderai la harapan aku nak menawan puncak Kinabalu tu nanti! hahaa... Dah la tak dapat nak tido sangat pon. Rasa dapat lelap kejap je.

Beratur amik makanan
Pukul 1.30 pagi dah boleh start turun ke cafe Laban Rata ni.

Macam bersahur dah, kene makan pagi-pagi... Mungkinkah ni makanan terakhir aku?? huhuu...
Muka baru bangun tido! lol ;p
Dak Saffuan & Ilham
Muka-muka bebudak excited ni nak mendaki! hehee


Selepas makan dan diberi taklimat oleh GUIDE, kitaorang memulakan pendakian ke puncak pada jam 2.30 pagi. Jarak pendakian dari Laban Rata ke puncak Gunung Kinabalu ialah sejauh 3 Km dan mengambil masa di antara 3 jam hingga 5 jam. Ikut fitness masing-masing... Kalau hampa fit berlari je kot ke puncak! lol

First, Lemme take a selfie! ;) Masing-masing suma bau kedai dengan jaket tebal, glove & snow cap! Baru rasmi... hahaa

Maka bermula lah pendakian yang amat mencabar di waktu kegelapan pekat malam. Sekadar bercahayakan lampu suluh dan bintang-bintang di langit. Mula-mula mendaki, memang banyak anak tangga kayu. Kat tangga-tangga ni pon ramai jugak yang terkandas. Mungkin faktor sejuk & kekurangan oksigen. Aku pon rasa lemah je nak naik tangga-tangga ni. fuh fuh...

Lepas tu akan jumpa tali pertama. Disini sudah tak de pokok dan mula mendaki batu. Kat sini memang lagi teruk dari tangga. Banyak sangat cerun. Gayat jugak.. Hanya batu-batu dan tali-tali untuk berpaut. Di tali pertama ni agak curam. Disini pastikan tangan korang bebas untuk memegang tali, kalau ada camera atau tongkat tu, simpan dalam beg. Semasa awal pagi ni, dalam keadaan masih gelap tak terasa sangat curam dan gayat. Tapi memang mengah gila la sebab naik mencanak-canak. Rasa macam tak cukup nafas!...


 Semua pendaki bergerak dengan kelajuan masing-masing tanpa berhenti terlalu lama. Permulaan pendakian pagi tu aku rasa cukup menyeksakan. Baru 10 minit mendaki aku mula terasa mengah. Nafas berbunyi lebih kuat daripada derap kaki yang sering terhenti. Namun aku sentiasa positif. 

Aku perlu sampai ke Last Checkpoint Pondok Sayat-Sayat pada KM7 sebelum jam 5 pagi. Kalau tak, tak kiralah aku ataupun sape-sape je, tak dibenarkan mendaki sehingga ke puncak kerana sudah terlalu lewat. Aku sampai pon ngam-ngam nak dekat pukul 5... Aku kira geng yang terkebelakang jugak la.. nasib ja lepas sayat-sayat tu! huhuu...

Kak Anie!
Lepas je dari sayat-sayat hut tu, dah rasa lega sikit.. Kat sini jumpa balik member aku Zue. Pastu jumpa jugak porter, Izan tu. So kitaorang mendaki sama-sama.. 

Aku menggunakan tali yang disediakan untuk berpaut, memanjat dan berjalan di sepanjang lereng tu. Sekali-sekala aku merangkak untuk merendahkan pusat graviti bagi mencapai kestabilan pada tebing-tebing yang cerun. Kat sini pon memang mencanak-canak naik... Memang rasa tak cukup nafas... Jalan 10 langkah dah mengah! Kitaorang banyak berenti rehat..


Sunrise!
Seperti mana-mana gunung tinggi diseluruh dunia, Gunung Kinabalu juga tidak terlepas dari cerita-cerita mistik dan lagenda yang unik. Kaum Kadazandusun yang menetap disekitar wilayah Kundasang dan Ranau di Sabah telah menyifatkan diri mereka sebagai penjaga dan pelindung Gunung Kinabalu untuk sekian lama. 

Mereka mempercayai tanah sekitar, hutan, air dan Gunung Kinabalu itu sendiri merupakan tanah suci yang perlu dipelihara sentiasa, mereka juga mempercayai bahawa roh-roh nenek moyang mereka yang telah mati kini berada dan berehat-rehat di Gunung Kinabalu dan sekitarnya. Awalnya, aktiviti meneroka dan mendaki Gunung Kinabalu adalah suatu perbuatan yang ditegah sama-sekali oleh kaum Kadazandusun, hal ini bagi mengelakkan roh-roh nenek moyang mereka dari menjadi marah dan mungkin akan mengganggu penduduk setempat serta pendaki.


Aku pon meneruskan langkah walaupun makin perlahan. Dah nampak sinar cahaya matahari dari sisi puncak Donkey Ears! Nak tengok sunrise dari puncak Low Peak memang tak sempat la... Jauh lagi perjalanan.




Dengki aku tengok gambar-gambar yang dorang share dalam group whatsapp.. Dok main pegang2 sunrise! Ni suma geng2 fit dorang dah sampai kat puncak before sunrise! Ade yang dah sampai atas tu pukul 5 pagi... Padahal time tu aku baru je lepas Sayat-sayat hut tuh! T__T 



Cissss jelesss! hahaa

Thorbaekkk!
Story sikit pasal Kinabalu ni. Pada tahun 1851, seorang Gabenor British di Labuan yang bernama Sir Hugh Low telah memulakan ekpedisi perjalanan pendakian ke Gunung Kinabalu dengan hasrat untuk berkompromi dengan semua penduduk tempatan untuk mempersembahkan korban bagi menenangkan jiwa roh-roh nenek moyang mereka.

Menurut lagenda kaum Kadazandusun, dewa tertinggi telah menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, ianya bermula dari mitos naga yang menjaga harta karun mutiara. Kesahan cerita ini dapat anda rasakan ketika anda berada di puncak-puncak tertinggi di Gunung Kinabalu, lebih-lebih lagi ketika anda dalam keadaan sunyi sepi dengan iklim yang lembab, pemandangan awan yang bergerak perlahan dan bunyi tiupan angin yang kuat.

 Para pendaki adalah dinasihatkan agar sentiasa menjaga tatatertib dengan baik ketika mendaki, Etika pemakaian perlu dijaga, tidak membuat bunyi bising, tidak memanggil-manggil nama orang sesuka hati, tidak marah atau gelak terbahak-bahak.

Mendaki dalam keadaan mabuk dan terhuyung hayang adalah amat dilarang kerana boleh menyebabkan bahaya. Gunung Kinabalu mempunyai struktur batuan yang curam, berlobang dan mudah tergelincir, gunakan tali dakian sepanjang masa bagi mengelakkan anda terjatuh dalam gaung yang banyak terdapat di puncak-puncak Gunung Kinabalu.

Diatas Gunung Kinabalu juga terdapat banyak telaga dan lopak-lopak air semulajadi, kaum Kadazandusun mempercayai disinilah tempat roh-roh nenek moyang mereka mandi-manda, disini juga tempat dimana segelintir dari mereka yang bergelar Bobohizan akan mencuci badan dan mengambil air untuk diminum dengan tujuan untuk membuang sial. 

Kini kelopak-kelopak air itu dijadikan sebagai kolah harapan (wishing well) untuk para pendaki yang mendaki di Gunung Kinabalu, para pendaki biasanya akan membaling duit syiling kedalam kolah harapan tersebut sebagai suatu cara untuk menghormati roh-roh nenek moyang kaum Kadazandusun supaya tidak mengganggu mereka ketika mendaki dan turun. Namun perkara memuja roh dan membaling syiling ke dalam kelopak air adalah sesuatu perkara yang dilarang dalam Islam kerana perbuatan itu dianggap syirik dan terkutuk di sisi Allah. Namun Islam tetap membenarkan manusia untuk menghormati sesuatu kawasan selagi adatnya masih selari dengan etika Islam.

Para pendaki juga dinasihatkan agar tidak membuang air kecil atau besar kedalam kelopak air kerana perbuatan tersebut tidak elok pada pandangan masyarakat tempatan dan mungkin boleh menyebabkan kemarahan oleh "penghuni halus" yang menetap disana yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.


Gunung ni boleh ditawan oleh sesiapa yang cergas dan tidak terhad kepada pendaki berpengalaman sahaja.

Ok cool gila Mr Exclusive! Gua Jeles! ;p
Up up here we go! Hoooyeahhhh!
Peace Mami!

Hadi & Sumandak-sumandaksnya! ;p
Si kembar dengan berbaju kurung, Salam perantauan dari Gunung Kinabalu!
Ai ai sir!

Dorang suma sudah bergumbira sakan kat puncak tu! Aku masih lagi tak sampai-sampai! Pendakian seterusnya agak mendatar cuma kecerunannya berterusan. Aku dan Zue menggunakan teknik yang kitaorang cipta iaitu Sepuluh langkah dan sekali berhenti. Lepas tu kita lepak. Langkah biar kecik tapi keep move.. Kalau langkah besar, 2-3 tapak dah semput..

Low Peak!
Dan semestinya dihadapan kitaorang nun jauh tu adalah 'Puncak Low' yang menjadi idaman setiap pendaki gunung Kinabalu nih! 

Again, tagline abam porter, 'Low peak sudah dekat di mata, tapi jauh di kaki!'. Kamu mau terus lagi ke puncak ke atau mau turun? Kalau mau ke puncak tu dalam sejam lagi, kamu sudah lambat nih... Fuh fuh...


Lebih kurang 200 meter selepas KM8, kitaorang berhenti menunaikan solat subuh. Syukur aku dapat menunaikan solah subuh bersejadahkan batu dan berwudukkan debu-debu GUNUNG KINABALU. Aku berdoa supaya diberi kekuatan untuk sampai ke puncak! 

Kawan aku Zue, sudah tak berdaya nak naik lagi. So dia pon berpatah balik dengan beberapa pendaki lain dan turun meninggalkan aku naik sorang2 ke puncak ditemani abam porter, Izan. 

Low Peak kat belakang aku tu....
Ni dia puncak Low kat hujung jari aku! Tunggu aku datang!

Sir Hugh Low berniat untuk mendaki Kinabalu. Namun kaum Kadazandusun menghalang sesiapa saja mendaki gunung itu lantaran kepercayaan mereka bahawa roh-roh nenek moyang mereka bersemadi disitu. Jika ada sesiapa yang mendaki dan meneroka Kinabalu, sudah pasti akan mengganggu roh-roh itu yang menyebabkan entiti itu marah. Tambahan pula kaum kadazandusunlah yang menjadi penjaga, pelindung dan pemelihara unsur tanah, tumbuhan dan air gunung itu.

Low difahamkan bahawa perkataan Kinabalu adalah daripada perkataan kadazandusun, Aki yang bermaksud nenek moyang dan Nabalu yang bererti gunung. Sudah pasti Low tahu bahawa gunung itu secara turun-temurun menjadi gunung roh nenek moyang mereka berkumpul. Tambahan lagi gunung itu telah dicipta oleh dewa tertinggi. 

Akhirnya, pada 7 Mac 1851, Low yang pada ketika itu Gabenor British di Labuan bertekad mendaki Gunung Kinabalu. Menyertainya adalah Gunting Lagadan, seorang penduduk tempatan berbangsa dusun. Mereka mengambil masa 3 minggu sebelum tiba di satu tempat. Lagadan seterusnya tidak menemani Low ke puncak Kinabalu. Low berkeseorangan dengan semangat dan keberanian yang tinggi ke mercu idamannya.

Misi Low tercapai. Namanya menjadi orang pertama mendaki puncak Kinabalu. Namanya juga diabadikan pada puncak yang tertinggi diantara puncak-puncak lain iaitu Puncak Low. Atas sumbangan Gunting Lagadan yang menemani dan membantu Low merealisasikan cita-citanya, namanya diabadikan pada motel yang terletak di Laban Rata. Mereka menjadi perintis kepada pendakian ke puncak Kinabalu.



Tinggi lagi ni aku nak panjat! Otw aku nak naik ni, berselisih la dengan geng Team Anak Gunung yang lain. Dorang semua nak turun dah, aku je sorang-sorang baru nak naik ke puncak! Dorang suma bagi semangat kat aku... sikit je lagi nak sampai! Go Nadz! go! walaupun aku dah tak larat dah sebenarnyer... hahaa..

Pastu ada abam porter siap dah tick nama sapa2 yang baru turun dari low's peak tu. So maksudnya dorang dah berjaya & akan dapat sijil kaler masa turun nanti. Nama aku dia tak tick lagi sebab aku tak naik lagi... huhuu.. Aku pon nak sijil kaler jugak! Abam porter tu tak boleh tunggu dah. Dia nak turun bawak pendaki2 lain. Abam porter tu suruh tunjuk bukti gambar aku sampai kat puncak nanti.. Ok ko tunggu, gua bagi epic selfie kat atas tu nanti! bhahaaaa...




Pada pagi tu cukup ramai yang mendaki. Boleh dikatakan mencapai ratusan orang. Semua bersesak-sesak kat puncak!



Selfie pakai tangan jer! T_T

Sementara tunggu turn kat atas tu, aku pon nak keluarkan lah SJCAM SJ4000 aku dengan niat nak berselfie kat signboard tu nanti! Bukak2 je bag, tengok SJCAM ku dah terkulai! Dekat kepala monopod tu dia dah patah akibat aku sandar2 kat beg... Adeh! Nak menangis pon airmataku beku! Sedih gila! huarghhh T__T... So tak boleh la nak selfie dengan monopod! Baru nak buat aksi selfie 360 kat atas nih! Tak dapat la nak buat epic selfie! T__T

 Momo nak SJCAM baru please! huhuuu....


Puncak Low – (Low’s Peak) 4,095.2 metres

Akhirnya pada sekitar 7.30 pagi.... ku keseorangan, lone ranger! Aku berjaya menawan Puncak Gunung Kinabalu. Pelaburan tiket kapal terbang dan pakej pendakian Kinabalu dirasakan terlalu berbaloi apabila aku disajikan pemandangan yang cukup indah. Aku di puncak Malaysia. Aku di puncak Asia Tenggara. Impian aku sudah tercapai! My bucket list tick off! Yeayyyyy! hahaaa....


Melihat dan merasai sendiri pengalaman mendaki gunung kinabalu yang  merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ni adalah satu pengalaman yang tak mungkin akan aku lupakan sepanjang hidup. Syahdu beb! hehee...


Disebabkan tak de gang, aku pon suruh la sape-sape jer yang ade kat tepi tu tolong tangkapkan gambar aku! hahaaa.... Dorang tangkap ade la beberapa keping jer... huhuu.. Padahal aku snapkan gambar dorang berjuta2 keping, macam2 aksi! T__T


 Segala keletihan dan pelaburan ternyata tak sia-sia dengan pengalaman yang menakjubkan yang hanya boleh dialami oleh setiap pendaki yang mendaki gunung ni. Sebelum menuruni puncak aku sempat melaung “I’m the king of the world” sebagai tanda kepuasan yang tidak terhingga menawan puncak impian, puncak Gunung Kinabalu. hahaaa.... lulz ;p


Moments of truth!
 Keindahannya tidak boleh dijelaskan dengan setiap perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa. Priceless! Terlalu indah. Korang kene sampai kat sini kalau nak tau macam mana cantiknya! hehee ;)


Puncak St. John

Sebenarnya, aku berasa sedih jugak sebab ada beberapa orang kawanku yang gagal menawan puncak. Kitaorang dah pasang impian sama-sama nak menawan puncak Kinabalu. Buat Zue, Diana, Ayin, Ikma dlln, kalau ade rezeki kita daki lagi ye! Never give up guys!

Ada yang muntah-muntah hijau, mengah disebabkan kesukaran bernafas dan sakit kaki. Aku mengakui aku pon tak berapa bersedia dari fizikal. Mungkin niatku mendaki 'bukan sekadar menawan puncak tetapi aku mahu melihat dan merasai bukti kehebatan dan kebesaran Allah' maka dengan izinNya aku sampai ke puncak... Alhamdulillah..


Ni lagi satu kisah pasal Kinabalu ni....

ni lukisan gunung kinabalu pada tahun 1862


Pada zaman dahulukala, terdapat sebuah kapal besar dari China yang membawa seorang putera raja telah karam dihempas badai. Putera raja telah dihanyutkan ke BORNEO, penduduk2 asal telah menyelamatkan sang putera ni dari terus hanyut dan mungkin menjadi makanan ikan jaws. 

Putera tu pun tinggal di sana & lama-kelamaan putera diterima oleh penduduk kampung tu. Bila da lama tinggal di kampung tu konpom punya mesti ada seorang dua awek yg dia usha kn, sooo lepas usha punya usha hati beliau pun berkenan dengan dara pingitan dari kampung tu [nama tidak diketahui, anak siapa lagi la tidak di ketahui] dan mereka pun berkahwin & kemudian mereka memiliki seorang anak [gender anak juga tidak diketahui] 

Bila da lama2 stay dekat kampung tu, si putera ni pun jadi homesick dengan tanahair dia yang terbesar di asia tu, hati meronta-ronta ingin balik kerana rindu pada kedua ibu-bapa dia. Maharaja & Maharani negara China.

Dia pun minta kebenaran dari keluarga mentua dia untuk pulang menjenguk kedua orang tua beliau dan sebelum berlepas sang putera telah berjanji kepada isteri tercintanya yang dia akan balik dengan segera dan kemudian membawa isteri dan anaknya balik ke China.

Setelah sampai ke tanahair sambutan yang dibuat untuk menerima kepulangannya adalah di luar jangkaan beliau. Beliau pun jumpa parent dia & berterus terang bagitau yang dia dah kawin & ada anak satu & berhasrat untuk bawa balik isteri & anak dia balik ke China. Maharaja sangat murka & membantah sekeras-kerasnya. 

Maharaja & Maharani sudah menjodohkan putera ni dengan puteri negara jiran Atas rasa hormat & sayangkan kedua ibu-bapanya sang putera pun akur dengan permintaan mereka dan beliau pun berkahwinlah dengan puteri tu dan terpaksa melupakan isteri & anaknya nun jauh di pulau borneo.

Sang isteri yang di tinggalkan pastilah rindu-serindu-rindunya. Oleh sebab pelabuhan tu nun jauhhhhhh dari pantai dia pun decide tuk tunggu husband dia di puncak gunung ni & berdiri menghadap laut china selatan dengan harapan dapat melihat kapal suaminya pulang, setiap hari macam tu tanpa henti, tanpa lelah n tanpa rungutan.

Bila waktu sudah menginjak senja barula dia turun dari gunung dan balik ke rumah tengok anak dia yang semakin membesar. Lama-kelamaan dia jatuh sakit dan meninggal di puncak gunung tu. Semangat Alam a.k.a Spirit of the Mountain yang selama ni memerhatikan sang isteri yang setia ni sedih melihat sang isteri mati dalam kerinduan dan kagum dengan cinta sejati beliau yang sanggup hari2 naik turun gunung juz becoz nak tunggu laki balik. 

Dipendekkan cerita, semangat alam tu pun menyumpah atau bahasa sedap sikit tukar si isteri ni menjadi batu yang mana wajahnya menghadap ke laut china selatan agar dia sentiasa masih dapat setia menanti kepulangan suaminya selama-lamanya. 

Orang-orang kampung pun terdengarlah cerita tentang sang isteri ni dan berasa simpati serta sedih.Kebetulan mungkin masa tu gunung tu belum ada nama so orang-orang kampung pun sepakat setelah bermesyuarat dgn ketua kampung & jkk dorang tu menamakan gunung tu sebagai kinabalu. 

Why kinabalu?? disebabkan pengaruh bahasa, orang-orang kadazan dusun memanggil CINA sebagai KINA dan balu tu semua faham maksud dia kan. kesimpulannya nama gunung kinabalu tu bererti gunung balu china sebab husband dia orang china. sedih dak?? huhu....

Bayang-bayangku turut berselfie! ;p

Sementara aku naik ke puncak, geng2 ni la setia tunggu aku kat bawah Low Peak ni supaya aku tak keseorangan masa balik nanti! hehee... Thanks korang!


Dorang pon sambil menunggu tu, sakan la bergambar! hahaaa



Dah turun dari Low Peak tu, aku lepak jap minum kopi panas sambil cicah biskut yang ditapau oleh Kak Huda dari cafe Laban Rata pagi tadi! Memang tengah lapar gila.. Mai Secawan! Perghhhhh..... memang Thorbaekkk! Heaven on earth! hahaa


Suma muka terkejut nampak kelibat Azim! hahaaa
Tengah syok2 lepak, tetiba muncul pulak sorang lagi budak dari team kitaorang, Azim! Kitaorang suma terkejut & eksited! Bagi semangat kat Azim naik kat atas tuh! Dia memang orang last yang naik ke Low Peak tu! Kat atas tu memang tak de orang dah... semua dah turun.. Dia lagi heaven dok selfie sorang2 dengan GoPro dia! Untunglarrrrr!... hahaaa....



Epic selfie kat Puncak Kinabalu! Ni lagi gua sejuta kali jelesssss! T__T

With retis, aka Gambit! hahaaa

Kasut getah adidas kampung. Tested in Puncak Kinabalu! Grip dia memang thorbaekkkk! Tak licin. Aku bagi 5 bintang! heheee

Birdie dah sampai di Puncak Kinabalu! Well done Birdie! Btw kat belakang tu batu dia macam muka Gorilla! Tu peak gorilla ke ape tah nama dia?? haha..

Buat aksi titanic pulak kat sini! hahaaa

Ni la kolam hayat tu! Dari puncak tu kene jalan jauh sikit ke kiri...


Ice ice baby!


Lapaq tak de makanan, Makan ais! Kejung gigi gigit ais! Sejuk gila! hahaa



Adekah disana tu Low's Gully?? Sesiapa otai-otai boleh kasi pencerahan??

Awesome weyh!
Tido jap, penat! ;p
Tu dia South Peak (3921.5 m)
Cuit ciked puncak South Peak nih!

Puncak paling femes! Sampai-sampai kat sini, aku keluarkan dompet tengok-tengok duit tak de! Demnn! ku Pokai sudah bah!.. Pinjam duit budak2 ni nak amik gambar jap! hahaaa...



Puncak duit singgit vs Seratus hengget! Duit singgit baru dah tak de dah gambar puncak nih! Duit singgit lama jer.. Dia dah ganti dengan duit baru seratus!





Siapa kata Duit seringgit dan puncak gunung tidak boleh disatukan? hahaa



Dah2 jom turun!


Abam porter siap tertidur lagi tunggu kitaorang... hahaa

Chillex!

Abam porter, Rescue please! Pewai sudah! Tak larat dah ni! hahaaa



Kat depan Puncak Donkey Ears




Tu dia Azim berkain pelekat kat atas Gunung Kinabalu! Satu lagi gambar epic! Demm! Tak sejuk ka??? hahaaa... Ohsem weyh!


Curam gila kat sini! 



Tali-temali berwarna putih menjadi panduan trek. Kitaorang menyusuri trek yang agak landai sebelum bertemu dengan trek yang lebih cerun. Sarung tangan banyak membantu untuk memegang tali dan permukaan batu dengan lebih baik.



Setelah menghabiskan masa sepuas-puasnya di puncak tertinggi Banjaran Crocker itu, kitaorang mengatur langkah untuk turun ke Laban Rata semula. 


Kami perlu check out dari Laban Rata pada jam 10.30 pagi. Tapi skang dah pukul 11 pagi.. Orang lain suma dah bergerak turun dah melalui Timpohon Gate. Kitaorang masih kat atas ni lagi... Cepat turun weyhhh! hahaa


Badan dah terasa panas seperti mahu humban saja jaket tebal yang aku pakai. Terasa dekat sangat terik matahari memancar. Memang dah bukak habis dah baju sejuk, glove tebal semua!




Rasa macam kat awang-awangan! Rasa macam nak turun guna awan terbang jer... lol

Mak, orang kat atas awan nih! Yuhuuuu...


Kitaorang kemudian meneruskan perjalanan turun. Tiba di lereng-lereng bukit yang tinggi, kitaorang menggelongsor sedikit demi sedikit. Jaga-jaga jangan sampai seluar koyak! Dah macam suster ngesot pon hade... hahaa... Menggigil dah kaki, kepala lutut suma. Curam sangat! Seriau mak nak!





Bila pandang tepi terasa sangat gerun kerana hanya jurang dan gaung. Perghhh kalau jatuh memang takde tempat untuk berpaut. Memang gayat gila masa nak turun kat sini. Macam tak percaya jer ni laluan yang kitaorang daki pagi tadi...



Senarai baldi aku no. 2 dah boleh tick off! 
My bucket list, 100 things to do before i die! 





To be continued......













Comments

  1. Tahniah! Berjaya jugak mendaki sampai ke puncak

    ReplyDelete
  2. bestnyaa dah sampai puncak!
    viea and gambar sama-sama cantik.
    pastu cerita cina balu tu sangat menarik and menyentuh hati,
    gigih nau dia panjat, mesti badan dia fit gilaa. HAHHA

    btw ada pernah jumpa tak orang yang ada asthma panjat gunung kinabalu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti ade orang asthma ke tak... tapi kalau fit boleh jer panjat kinabalu, x jadi masalah.. stanby ubat la... hehee

      Delete
  3. brapa harga pakej g dgn diorg?

    ReplyDelete

  4. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

  5. Assalamualaikum...

    Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan homestay di Kota Kinabalu pada harga paling murah

    1. Viva RM90
    2. Myvi RM120
    3 Saga RM120
    4. Alza RM140
    5. Exora RM150
    6. Avanza RM170
    7. Vios RM180
    8. Urvan RM230

    Homestay RM100.00 semalam

    Hubungi sy Raziman utk pertanyaan lanjut 0129600702
    0129600702 (Whatsapp)

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah