Bukit Ketumbar


Assalamualaikum....


Korang pernah dengar Bukit Ketumbar?? Ermmm daun ketumbar penah la dengar! hahaa.. Ni hasil menggoogle hiking spot sekitar Kl.. Ade ape dengan Bukit Ketumbar ni??


Jom kasi redah!


Bukit Ketumbar ni jarang didengar. Aku pon baru je tau pasal kewujudan bukit ni! Bukit ni terletak di ​Jalan Ketumbar,Taman Cheras. Ni pon redah pakai waze, cari Kondo Ketumbar Hight. Pastu dah nampak kete banyak2 ni la kot tempat dia?? hahaa

 Park kereta kat bahu jalan, dah jom kasi redah itu bukit! Ayuh!


Kitaorang start naik pukul 8.30 pagi and by that time memang dah ramai pun hiking, siap dah turun dah pon. Kat sini mostly Chinese, aku rase kitaorang bertiga jer yang Malay. hahaa... Yang penting tujuan kitaorang baik... nak hiking jer. hehee




Banyak jugak dorang hiking bawak anjing. Ade anjing tu besar gila.. Cuak jugak! Tapi uncle tu baik je dia jaga anjing dia. Dia bagi kitaorang lalu dulu. Ade tu pulak anjing kecik sumpah comel! Anjing ni pon baik, dia ikut jer tuan dia. Tuan dia dah train jangan dekat dengan orang. Cuba aku hiking bawak kucing aku, hurmmmm tah kemana dia lari nanti! hahaaa


Anjing cute!

Para-para sakura??
Dalam setengah jam dah sampai peak! Jom usha ape yang best kat sini!
Goyang jangan tak goyang

Kat peak area ni, macam2 exercise tools korang boleh cuba kat sini! Suma tools dia macam diy jer guna bahan2 dalam hutan nih! Kreatif gila. Hula hoop tu buat pakai buluh jer... Mana nak jumpa dalam hutan, kat puncak bukit ade mini gym! hahaa.... Unik! Apa lagi jom la exercise kasi bakar segala lemak! hahaa


Lama gak kitaorang lepak kat sini. Rasa macam kat taman permainan pulak. hahaa... Macam-macamlah ada kat sini. Baekk betul dorang setup tempat ni. Siap ada cermin lagi! ;)


Cubaan calisthenics yang gagal! Mungkin otot tak cukup katang! lol :p

Laju2 buaiku laju, aku nak kawen ngn anak raja~ lalaaa

Weightlifting version failed! hahaa


Ada gaya boleh masuk kejohanan angkat berat zon PJ nih! lol :p


Nampak macam dumbell tinggalan sejarah jer! hahaaa.... Ni pon diy ni buat pakai simen kot! Berat dia lain2.. sama macam kat gym biase tu!


Dog show!



360 selfie @ puncak bukit ketumbar!

Buai tayar!
Acah2 tangan kuat! Padahal 10 saat tak larat dah! hahaa
Cubaan wusyu! hahaa
Aksi Gymnastik Akrobatic! Bab2 kelenturan ni aku memang tak lentur lah! hahaa
Plank 30 saat dah menggigil abdomen bagai! Camne nak kuar 6pax! lol

Dah penat exercise... Rasa macam dah sado sikit! kah3...


Kitaorang sambung balik hiking mencari view terbaik dari Bukit Ketumbar nih! Jalan dia menurun sikit...

Teruskan perjalanan....
Jalan lagi...
dan lagi....
Lagi ciked.....

Tada!...... KL City view dari View Station.

Selfie ciked!
SJCAM lover! Kiss ciked!
Konon sayang sangad2 kat SJCAM SJ5000 tuh! Aku tak bukaklah plastik cover kat lens tu. Bajet tak nak kasi calar la macam sj4000 aku dulu tu! Ptuihhh! Yang korang tengok gambar blur2 kat atas tu, tu la hasil dia! bhahaaaa... Dah balik umah baru perasan gambar suma blur! Adehhhh! T__T Nasib tangkap gambar view ni pakai phone! Ade la jugak gambar yang tak blur! lol


Next entry nanti aku wat review pasal SJ5000 aku ni.. Kalau nak usha2 sjcam, ni review yang aku pernah buat dulu.



Bukit Ketumbar ni jugak merupakan sempadan kawasan antara Cheras & Ampang.


Lawa view kat sini!


Kasi zoom sikit menara KL & KLCC!

PM lesung pipit! ;p
Layan view!
Kasut kotor!

Port thorbaekk atas pokok! Kalau tak blurrr, ni memang dah angle terbaik aku tangkap! Leh jadi Photo of the day! hahaa
Ade batu besar!

Track dia bagi aku tak berapa ganas sangat la! Ok2 jer... Santai macam bukit gasing. Sejuk tak kene matahari sangat. Cuma ade gak part tangga2 yang tinggi kasi gigil lutut! Ahhh teringat trauma tangga kat Kinabalu! lol


Tapi aku still wondering kenapa dorang panggil bukit "Ketumbar". Nak kata ade banyak Pokok Ketumbar tak nampak lah plak ade. Mungkin dari nama Jalan Ketumbar... kot. Tapi apepon, still enjoying especially part main hula hop tu & layan view KL.


In a nutshell, another great trip kitaorang kasi redah. hahaa... Actually KL ni ada berlambak2 bukit boleh naik.


Alamat: Ketumbar Hill, Jalan Ketumbar, Taman Cheras, 56100 Kuala Lumpur


Comments

  1. cantiknyaaa,,, dah lama tak buat aktvt mcm gini

    saya singgah ^_^

    ReplyDelete
  2. Baru pertama kali dengar Bukit Ketumbar ni. Harus cuba ni

    ReplyDelete
  3. Hi Nadzira, Steph here. Was finding hiking spots near klang valley and came across your blog. Wanted to ask if this hiking place is suitable for senior? I saw some of the paths do have stairs and some don't. I also wonder, how many stops/points (if there are a few) how long it took for you, one way? Thanks ����

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup suitable for senior. Just a relax hiking takes about 30 minutes to reach the top. Have one point if you want to see the view of KL. Also nice place to workout at the peak.

      Delete
    2. Sorry for the late respond, thank you for replying yes i brought my parents there and they loved it. It is now my usual place for night hike.

      Delete
  4. Tkasih nad atas prkongsian yg baik ini .. jzkk

    Btw org kata kat peak ketumbar ada byk vavi hutan .. ada jumpa x ?

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah