Day 2 : Islam Food di Kota Hong Kong




Restoran Islam Food di HONG KONG.

Dari Disneyland tadi, tukar stesen & turun di Stesen Lok Fu. Jalan kaki lebih kurang 30 minit gak lah nak sampai ke restoran nih! Erkkk lunyai tapak kaki!..... Penat gler.... hahaa



Landmark dia, kat seberang restoran Islam ni ade McD.
 
 



Di luar restoran terdapat ramai pelanggan yang menunggu giliran untuk masuk dan ada juga yang sedang menunggu makanan siap untuk dibawa pulang (take away).



Restoran Islam Food ni merupakan salah sebuah restoran halal yang memang terkenal di Hong Kong. Perniagaan ni sudah bermula sejak dari tahun 1950. Dah lama tuh!

Korang order je lah ape-ape... Aku lahap ajer! lol
Ait teh Jasmine..

Veal Goulas (Juicy Beef Cake).

Orang kate bende ni sedap. Kira wajib order lah kalau makan kat sini. Majoriti setiap meja mesti ade order Veal Goulas nih! Rasa dia macam ala-ala murtabak sikit. Dalam dia ade daging & juicy sikit. Tapi bagi aku, murtabak lagi sedap kot! :p lol



Pastu kitaorang order mee sup, dumpling & daging masak stim dengan nasi Hong Kong style!. Rase dia so-so je la. Chinese food ni macam tak kene sangat dengan tekak melayu aku ni. hahaa... Macam tak de rasa sangat. Memang makanan sihat lah! Tak de goreng2, berminyak, kolestrol ker... hahaa... Atleast merasa jugak lah makanan tempatan orang Hong Kong nih! hehee...


Dumpling


Kat sini ia menyediakan kira-kira 200 jenis makanan Cina halal antaranya seperti dim sum, pau, bebola daging, sup masam, veal goulash (ban berinti daging), kari ayam dan sayur-sayuran.




Minuman alkohol tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam restoran ni.




Makanan yang dijual di Islam Food Restaurant ni boleh dinikmati pada harga HKD5 hingga HKD70 (RM2 hingga RM28) sehidang. 

Total makan untuk 4 orang lebih kurang HKD200 jugak lah... Mahai jugaklah untuk traveller bajet ciput macam kitaorang ni! hahaa


sihk faahn
Muka kebuluq + penat!



Islam Food
1 Lung Kong Rd, Kowloon City, Hong Kong 

+852 2382 2822 


Untuk maklumat lanjut, nak tau sejarah bagaimana perniagaan ini bermula sejak dari tahun 1950 lagi boleh klik sini :





Dah lepas makan, baru ade mood sikit nak enjoy jalan-jalan kat sekitar pekan Hong Kong ni!


 Buah-buahan dia nampak sedap! Kitaorang beli buah Peach & Epal untuk bekal esok nak ke Macau!



Durian bapak mahai kat HK nih! Seulas HKD68! hahaaa... Lebih kurang RM34..


Balik semula ke stesen Lok Fu untuk ke Mongkok.

Muka penat nak mammm! ;p
Lok Fu most wanted!
4 orang gadis bertudung jadi buruan di Mong Kok! lol ;p

Dah sampai Mongkok ingat nak shopping jap kat Ladies Market. Nak shopping beli kasut. Sepanjang pemerhatian aku, orang kat Hong Kong ni memang kasut dorang suma stylo2 seyh!


Usha2 abang2 Polis Hong Kong! Cute & Segak-segak belake! ;p.. Sekali pandang macam bebudak kadet Airforce kat Uni aku pulak! hahaa..

 Time ni ramai giler orang. Ade rusuhan antara peniaga2 ke ape ntah! Bawak sepanduk, pakai t-shirt kuning, payung kuning suma. Kat Hong Kong pon ade BERSIH ker??? Adegan gaduh-gaduh skit tengah jalan! Macam citer New Police Story plak! lol


Meriah betul kat sini, Ade street performance, ade orang menari-menari. 




Last-last tak jadi shopping pon coz penat sangat nak meredah kesesakan orang kat sini.

Balik hotel tidoq! Esok nak jalan-jalan g Macau pulak!



Previous entry :









Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Jumaat Di Kota Mekah

BAHASA HIKERS

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat