Kemenangan Kontroversi! #beautifulsabah



Assalamualaikum



Alhamdulillah, aku menang lagi untuk pertandingan photography. Kali ni tema dia #beautifulsabah. Kene hantar gambar-gambar yang berkaitan dengan Sabah. Kebetulan, aku memang banyak koleksi gambar-gambar kat Sabah masa aku pergi mendaki Gunung Kinabalu haritu.





Ni gambar yang ori dari telefon aku. Again, thanks to lembu-lembu yang masih lagi sudi menjadi subjek model utama aku! hahaaa... Time ni pon, Gunung Kinabalu macam segan-segan je nak munculkan diri. Sembunyi di sebalik awan! Tapi, sumpah aku rindu tempat nih! Memang cantik giler weyh! Memang macam kat New Zealand!

Mungkinkah akan ade episod bersambung cintaku tertinggal di Kinabalu?? Adakah aku akan menawan lagi sekali Gunung Kinabalu buat kali kedua?? urmmm...


Siriusly, aku rasa macam nak tukar profession lah! Nak jadi full time photographer & nak pergi travel around the world! Hati aku melonjak-lonjak sangat nak pergi mengembara! huhuuuu... Ade tak sesiapa yang sudi amik aku kerja sebagai photograper??? lol






Erm.... sebenarnya kemenangan aku hampir dibatalkan! Bikin kontroversi pulak! Aku macam dah agak benda ni akan berlaku. Pihak Tourism Sabah dapat tau aku dah menang Grand Prize Photography competition kat #beautifulmalaysia. 

Dua-dua pertandingan ni berlangsung dalam masa yang sama. Aku pon tak sangka lah boleh menang dua-dua sekali! Rezeki yang tak disangka! hahaa.... Dorang email kat aku cakap aku disqualified for top 20 #beautifulsabah! Sebab gambar yang dah menang secara automatik akan terbatal! Esok dorang nak update website untuk letak pemenang lain! Perghhhhh... kuciwa jugak lah! uhukkk uhukk....

Tapi aku terangkan kat dorang baik2 yang gambar yang aku menang tu bukan gambar yang sama. Walaupun kat website #beautifulmalaysia tu display gambar yang sama, tapi masa dorang email kat aku for confirmation & agreement, dorang bagi gambar lain. Aku pon terkezut gak sebenarnya. Mungkin ni lah hikmahnya... hehee...




Tapi satu lagi hal. Bila dorang dah accept balik kemenangan aku, now kene collect hadiah kat office dia kat KK asap!. Mak aih... Aku bukannya dok kat Sabah! hahaaa... Aku suh dorang pos hadiah tu kat umah aku.. Ahhh lega, nasib baik lah dorang boleh poskan! Alhamdulillah!...

Agreement 

Hadiah yang ditunggu dah selamat sampai melalui pos laju!




Awesome! Dapat Dry bag Karrimor! heheeee :)




Yeayyy.... dapat hadiah 2 Days 1 Night Stay in a Honeymoon Chalet for 2 person in Merrimas Kudat and a dry bag. Yuhuuuuu.... Boleh la nak pergi honeymoon sambil explore ape yang awesome & best dekat Kudat! Ehh ehh.. tapi kalau nak berhoneymoon kene la kawen dulu! lol... Ok, now misi mencari bakal suami! :p Tapi voucher ni valid until 31 March 2016 jerr.... Ermmm, sempat ke idok nak kawen nih?? hahaaa...




Kbye!













Comments

  1. Alhamdulillah, rezeki. mmg cantik view lembu dgn berlatar belakangkan gunung Kinabalu..
    Hope dream come true, nak jadi photographer profesional.

    ReplyDelete
  2. Congrats! Btw, gambar tue cantik gile! Nice composition as well! Masa i pergi tak dapat la lembu2 banyak gitu.

    * Came across your blog while blog hopping! Btw, hi there, Zara here!

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Asykar Pencen!