Kl Fabulous Food Hunt 2015



Assalamualaikum


Baru-baru ni aku telah join KL Fabulous Food Hunt buat kali ke 4 pada 31 Oktober 2015 yang lalu.

Registration fee RM200 untuk satu team. Sebenarnya aku masuk ni pon last minute sebab haritu dia postpone acara ni sebab jerebu teruk. Lepas tu ramai lah team yang tarik diri. 

Amik gambar dulu dengan pengacara.

ORGANISER :

Ministry of Tourism & Culture Malaysia F.T. Kuala Lumpur / Putrajaya Office


Line up for today race : Linda, Lenda, Nadz, Musz. Untuk Linda & Lend, dorang baru first time masuk ni. Berkobar-kobarlah semangat! Aku & Musz dah 4 tahun! hahaaa...


STARTING POINT :

Lanai, MaTiC, Jalan Ampang 50450, Kuala Lumpur


Tiap-tiap tahun team aku lain-lain. hahaaa... Kali ni team aku dengan geng bebudak sekolah! Nama team : Geng Krik-krik mereput! Ayuhlah kite sama-sama mereput untuk food hunt tahun ni! Harapan tak nak pishang lagi lah tahun nih seperti tahun2 sebelumnya! koh koh koh ;p



Acara yang diadakan untuk tahun ke-lima ni melibatkan penyertaan seramai 680 orang mewakili 170 pasukan. Peserta akan berlumba di sekitar Kuala Lumpur dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi, bas, LRT, komuter dan monorel untuk melengkapkan tugasan di setiap Check Point.




TASK LOCATION:


Klang Valley Area... Tapi macam biasa dorang memang selalu banyak main area Ampang, Keramat, Setiawangsa & Wangsa Maju. Siapa2 yang memang ternyata duduk area KL ni memang kawasan dorang lah.


Tahun ni dorang menampilkan kelainan dimana peserta perlu menjawab soalan berbentuk “treasure hunt” ke tempat check point dan ada tugasan bergambar di dalam train bersama orang awam.


First task Linda volunteer. Makan lempeng kelapa dengan sambal & teh tarik panas menggelegak! Perghhh besar & tebal jugak dia punya lempeng tuh! Kesian jugak tengok dia nak menghabiskan lempeng tuh! hahaaa


Next, Musz makan capati. Kali ni dorang tak kasi ramai2 masuk kat tempat makan tu. Yang lain tunggu kat luar sementara tunggu member yang tengah makan kat dalam tu.

Checkpoint

Lepas dah habis satu task, macam biasa dapat cop kat passport & kat tangan.


Lepas tu banyak babak2 sesat barat nak cari tempat makan. Sampai uncle bawak teksi tu pon pening xtau mana lagi mau pergi! Guna waze pon tak jumpa kedai makan nyer... hahaaa.... 


Good job Lend! Makan Nasi Kukus dengan pantas! Kipidap! hahaaa..


Check point untuk makan. Banyak tempat yang tak pernah dengar & kedai di kawasan yang agak terpencil. Susah nak cari. Rasa taon2 yang lepas lagi best, makanan sedap & famous tempat makan dia.


Task yang kene diselesaikan.


Dengan uncle teksi yang memang sporting!


Again, turn Linda kene makan lagi makanan yang pedas & panas. Kene makan laju-laju pulak tuh! Sampai termuntah-muntah dia! Mungkin food hunt ni bakal jadi mimpi ngeri buat linda! hahaaaaa... Nak masuk lagi tak taon depan??? ke dah serik?? ;p
Eat, play, run! Go team krik-krik!


FINISHING:

Lanai, MaTiC, Jalan Ampang 50450, Kuala Lumpur



Kitaorang team yang dah terkebelakang2 lah! Memang pishanggg lagi lah nampaknya taon nih! huhuuu....



Tapi walaupon tak menang, mamat ni selalu jugak bertuah kalau part lucky draw! Aku jer yang tak pernah nyer bertuah! lol ;p Ahhh.... aku nak sleeping beg tu plis! Next week ade trip camping nih! hahaaa



Muka kemain ceria lepas dah muntah sekilo tadi! hahaa


Ok lah, sekian tamat KL Fabulous food hunt tahun nih! Ni pon mungkin tahun terakhir aku join. Nak bersara lah! Legasi pishang telah berakhir! hahaaaa


Esoknyer sambung lagi food hunt kat tempat lain pulak selepas tak puas hati dengan food hunt semalam! kah3

Yummeh!

Ok2 pasni kene diet! Xleh jadi ni pipi naik berkilo2! lol Overweight suda! T_T... 
Everyday is a cheat day!


Kbye!








Comments

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah