Posts

Showing posts from September, 2016

Pulau Nami Kelantan!

Image
Assalamualaikum Hari ni aku nak jalan-jalan di Pantai timur. Kat sini memang ada banyak pantai-pantai yang menarik. Sebenarnya aku nak ke Pulau Nami Malaysia. Nak tau kat mana? Jommm... Tapi sebelum tu nak pergi kat  Pantai Cahaya Bulan  (PCB). Perjalanan dari Kota Bharu ke PCB lebih kurang 15 minit je.  Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu dan merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun untuk menyerang British pada 8 Disember 1941.  Pada suatu ketika, pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi, suatu nama yang dikatakan diberi oleh seorang askar British ketika dia di pantai ni pada masa Perang Dunia II. Pada masa tu, askar tersebut sedang menderita kerana cintanya tidak berbalas. Sesetengah orang tempatan masih menggunakan nama lama  ni. Persisiran pantai ni adalah sejauh 1.2 kilometer. Pantai ni terkenal kerana kawasannya panjang dan lebar, dengan pasir yang cantik. Oleh itu Pantai Cahaya Bulan telah menjadi tempat perkelahan yang popular di kalangan kelu

The Shore Sky Tower, Melaka

Image
Assalamualaikum Masa aku pergi kursus selama 2 bulan di Melaka, sempatlah aku singgah di Sky Tower ni.  Sky Tower ni sebenarnya di terletak di The Shore Shopping Gallery. Alamat : Level 42, Tower 1, The Shore Melaka, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka,  Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka, Malaysia Untuk sampai ke Sky Tower, korang perlu naik liff ke tingkat 42 bersamaan dengan 163 meter dari aras laut .Tapi untu sampai ke Sky Tower, korang kena transit di tingkat 3A. Kalau sebelum ini korang pernah pergi One City Sky Park kat Subang Jaya, aku jamin Sky Tower Melaka ni lagi menarik. Cuma kat situ free je, tapi kat sini kene bayar. Buat masa sekarang RM18 dikenakan kepada pengunjung yang mahu menikmati pemandangan menarik di Sky Tower ini. Sekali masuk RM18 dan korang boleh stay selama mana yang mahu. Di bangunan setinggi 42 tingkat ini anda boleh berjalan di atas jambatan dan melihat panorama bandar Melaka. Gayat jugak na

Bukit Keluang, Besut

Image
Assalamualaikum Rasa macam sudah lama tak mendaki bukit! Harapnya stamina masih lagi kekal utuh & tak ke laut! hahaa... Mountain is callingggg..... Nutshell is back gais selepas mereput buat sekian lama dari aktiviti hiking & lasak! Lepas ni aku akan banyak update pasal aktiviti aku kat belah-belah Pantai Timur ni! Selamat tinggal dengan kehidupanku di kotaraya! Uhukkkk.... Apapun, kehidupan harus diteruskan! Harini aku nak mendaki ke Bukit Keluang. Bukit Keluang ni terletak di Besut, Ganu kiter! Perjalanan dari Kota Bharu ke Besut mengambil masa lebih kurang sejam. Permulaan pendakian agak semput sebab kena mendaki tangga yang agak curam. Lepas tu trek agak mencanak dengan laluan tanah dan akar kayu. Macam kat Bukit Saga, Gunung Datuk & Angsi skit. Tapi mencanak dia tak kejam sangat. Dalam 30 minit korang dah boleh sampai kat puncak kalau tak banyak berhenti rehat. Tinggi dia lebih kurang 200m je dari aras laut. Tak sempat pun nak pewai sangat. pu