Posts

Showing posts from November, 2016

Hutan Lipur Lata Tembakah, Terengganu!

Image
Assalamualaikum Dah lama tak pergi mandi manda kat kawasan air terjun. Moh kita ke Lata Tembakah! Lata Tembakah atau juga dikenali sebagai Hutan Lipur Lata Tembakah ni terletak di Hulu Besut, Besut, Terengganu. Ia adalah antara hutan lipur yang terkenal di negeri Terengganu. Hutan Lipur Lata Tembakah adalah di bawah pengawasan Pejabat Perhutanan Negeri Terengganu di bawah Unit Rekreasi HLLT. Hutan Lipur Lata Tembakah boleh dicapai melalui simpang Kg Oh/ Pasir Akar dan kemudian ke kanan menuju ke Hulu Besut/ Keruak/ Kampung Bukit Payong dari Kuala Terengganu. Jika anda dari Kota Bharu, boleh melaluinya melalui susur ke Hulu Besut/ Kampung Keruak berhampiran jambatan Jerteh. Apa yang menarik, Lata Tembakah ni terdiri daripada air terjun setinggi 7 tingkat dan airnya sentiasa mengalir jernih dan segar dan tiada hentinya. Di pintu masuk Lata Tembakah terdapat satu jambatan gantung. Dalam usaha Jabatan Perhutanan Terengganu (JPT) untuk mempop

Ada Apa dengan Tadom Hill, Banting?

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni, aku balik ke KL dan sempat join program member iaitu bersantai di Tadom Hill.  Tadom Hill ni terletak di Kampung Labohan Dagang, Banting Selangor. Ianya dibina di kawasan yang agak pendalaman dan dikelilingi oleh ladang kelapa sawit. Waktu Operasi : Hari Isnin hingga Ahad (10.00 pagi hingga 6.45 petang) Kalau nak datang sini, kena pergi waktu pagi. Dalam pukul 8.30 pagi orang dah ramai beratur dekat kaunter main entrance. So first come first served. Muatan masuk ke Tadom Hill untuk walk in - day pass adalah seramai 150 Orang.  Kalau datang lambat dan dah penuh quota, korang mereputs dulu la, cuci mata dan tunggu sesiapa yang dah keluar baru boleh masuk. Nak tunggu orang keluar, mungkin lambat la dalam tengahari atau petang. Coz bila dah seronok berendam & main air dalam tu memang tak ingat lah nak balik! hahaa  Bayaran masuk : Normal Day Pass Weekday (Mon – Fri) Weekend (Sat – Sun) Peak Season Super Peak

Wall Climbing Putrajaya

Image
Assalamualaikum Kali ni kite tak gi manjat gunung. Kite main panjat dinding pulak! hahaa.. Lokasinya di Indoor Rock Wall Climbing Complex, Putrajaya. Waktu Operasi Taman Cabaran Putrajaya : Di buka setiap hari 10am - 8pm (Isnin, selasa, khamis, ahad) 10am - 10pm (Rabu, Jumaat, Sabtu) Jumaat tutup 12.30pm-3pm Contact info: K01, Taman Cabaran Putrajaya, (Dewan Tembok Mendaki), Jln. P5, Persint 5, 62200 PUTRAJAYA, MALAYSIA. My new colleague, Afiqah Bayaran di Taman Cabaran Putrajaya : Bayaran masuk RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak/pelajar) Climbing Rope RM15 Harness RM 5 Climbing Shoes RM 7 Chalk Bag RM 3 Belay Device RM 4 (Bayaran ini hanya untuk 1 sesi/3jam) Disebabkan dorang semua ni student, so bayaran pon ikut harga student lah. Sebagai langkah penjimatan, aku pon acah-acah la jadi student jugak! Nasib bek wajah gua masih kelihatan muda remaja! lol :p Kalau nak jimat lagi, pergi la dalam k