Posts

Showing posts from 2017

Part 1 : Mabuhai Pinoy!

Image
Assalammualaikum 



Sini aku nak share itinerary dan aktiviti sepanjang trip ke Cebu dan Bohol, Filipina selama 8 Hari 7 Malam, pada 7- 14 Julai 2017.






Republik Filipina ni merupakan sebuah negara kepulauan yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik dan terletak kira-kira 100 kilometer dari tanah besar Asia. Setahun juga kami plan untuk datang ke Filipino ni! Sebabnya sangat teruja tengok gambar-gambar aktiviti yang awesome dekat Cebu, Bohol, Oslob & Panglao! So, here we go, Forevermore! (Drama Filipina ni tengah hot kat tv masa ni).. hahaaaa

Dolce Amore! 


Day 1

7 Julai 2017, Jumaat, 7.00 am

Kota Bharu - KLIA2 - Mactan Cebu Airport - Alegria


Aku bertolak dari Kota Bharu dengan Atiqah pada pukul 8.00 pagi & sampai di KL pukul 9.00 pagi. Tiket pergi balik dari Kota Bharu ke KL kami beli dengan harga RM200 seorang termasuk luggage.
Sampai di KLIA2, jumpa dengan 3 orang lagi geng 'partner in crime' iaitu Mustakim, Zuliana dan Azelenda.

Perjalanan dari Kuala Lumpur International Ai…

Bukit Larut Taiping

Image
Assalamualaikum


Baru-baru ni aku telah pulang ke kampung sempena Hari Raya Haji. So sempat la singgah ke Bukit Larut.

Aku memang lahir kat sini tapi membesar di Selangor. Ni sebenarnya first time nak naik Bukit Larut! Sadis betul! hahaa

Semangat ni datang pagi-pagi pukul 8.00 dah beratur kat kaunter nak beli tiket naik jeep. Tapi disebabkan ni musim cuti, takut juga tiket habis! 

Tapi memang betul pun seperti yang dijangka! Ada 4 sesi untuk naik jeep macam gambar kat atas tu. Walaupun dah datang awal, tapi tiket untuk naik jeep yang sesi pagi dah habis! Tinggal yang petang je. So beli je la. Mereput juga nak tunggu 4 jam semata nak naik Jeep! Nak rasa juga kan pengalaman naik Jeep naik sampai atas bukit ni! Nak hiking macam malas! hahaa

Kami dapat tiket untuk naik Jeep pukul 12.30pm dan turun pukul 3.00pm. Harga tiket RM10 seorang. Untuk satu hari, memang sangat limited tiket yang dijual. Ramai juga yang datang lepas tu balik dengan perasaan hampa bila tengok kaunter tiket dah tutup sebab …