Posts

Showing posts from January, 2017

Siri Jelajah Thailand part 1

Image
Assalamualaikum Day 1 Jumaat- (30.12.2016) Kota Bharu - KLIA2 - Bangkok, Thailand Apa yang membuatkan hati aku berkobar-kobar untuk menjelajah bumi Thailand ini adalah kerana misi aku & the geng untuk menjejaki Bunga Matahari! Antara bulan yang sesuai untuk melawat ladang bunga matahari ini adalah dari bulan November sehingga Januari setiap tahun. Selepas itu, semua bunga tersebut akan layu dan dituai untuk dibuat kuaci dan minyak bunga matahari. Disebabkan aku sekarang bekerja di Kelantan, jadi aku kene bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu menuju ke KLIA2. Seawal jam 6.30 pagi lagi, aku dan kawan sekerjaku Atiqah telah bertolak menuju ke airport. Perjalanan dari KB-KLIA2 mengambil masa sejam. Kami selamat tiba di KLIA2 lebih kurang pukul 9.00 pagi. Flight ke Bangkok pula pukul 3 petang nanti. Sementara menunggu kawan aku lagi sorang daripada KL yang akan bersama-sama menuju ke Bangkok, aku pun roger2 la sahabat yan

Cuti-cuti Perak Yop!

Image
Assalamualaikum Baru-baru ni aku ke Perak kerana menghadiri perkahwinan sahabat. Perjalanan aku dari Kelantan menuju ke Perak adalah melalui  Jalanraya Timur-Barat atau panggilan yang biasa didengar Jalanraya Jeli-Gerik. Overall it is very interesting and unique experience bagi aku la dan bagi orang lain yang dah selalu guna jalan tu mungkin rasa biasa jer. hehee Sebabnya ialah sepanjang laluan ni kira kira 126 km ni memang betul betul lalu di tepi kaki dan lereng kawasan bukit dan gunung di Hulu Kelantan dan Perak.  Pemandangan sepanjang laluan memang cantik walaupun jalan dia bengkang bengkok dan berliku-liku.  Berada di lereng gunung ganang banjaran Titiwangsa yang berketinggian 1050 meter memang sejuk dan nyaman.  Selain daripada itu, korang juga akan menemui banyak signboard wild animals crossing tapi paling banyak ialah gajah liar sebab kawasan ini merupakan habitat gajah liar. R&R Banjaran Titiwangsa ni boleh dikatakan hot spot la sebab ramai orang suk