Backpacking trip Part 8 : Gud Bye Thailand



Assalamualaikum



Day 8

Jumaat - (8.1.2017)



Day 8 - Bangkok - KL - Kota Bharu


Check out Meet Up Hostel pukul 7.30 pagi menuju ke Don Mueng airport. Lagi satu tips, jika ingin mengambil teksi di Kota Bangkok, pastikan pilih teksi yang berwarna hijau kerana ia menggunakan meter. Disebabkan kami mahu cepat sampai di airport kami telah mengambil teksi berwarna pink dengan harga 400bath! Ni harga dia dah fix tak boleh tawar menawar dah. Redho jelah! 


Thank my backpackers buddies, Tiqa & Zue yang masih bertahan lepas 8 hari asyik mengadap muka ni jer! hahaa.. Kesemua gambar sepanjang trip ni diambil menggunakan Gopro hero4, Handphone Asus Zenmax3, dan kamera compact Panasonic Lumix.


Jaket military yang aku beli kat Rod Fai market semalam! Ada gaya tak?? Dah macam askar Nazi. Ok dah siap nak p battlefield nih! hahaa


Naik bas charter untuk menuju ke kapal terbang.


Dah lama tak naik kapal terbang ikut tangga nih! Teruja pulak! hahaa


Time ni aku rileks jer bawak backpack dalam 12 kilo rasenyer bawak naik atas kabin! Sekarang ni dah tak boleh bawak pula, adehhh kene beli luggage la nampaknyer lepas nih! Rasa macam menyusahkan jer peraturan baru ni!


Tiket flight kami grab masa promo dengan harga RM321, KL-Bangkok-KL. Untuk KB-KL-KB pula RM129. Bajet keseluruhan untuk trip selama 8 hari ni lebih kurang RM1500 all in. Duit yang aku bawa THB12000 siap ada lebih lagi. Simpan la untuk trip akan datang. Dah la currency duit Malaysia semakin merudum! Sadis!


Untunglar ade mat salleh hensem duduk sebelah dia. Behave sikit ye Tiqa oi! hahaaa... video mane video?? Hahaa.. mereputs nak tunggu video trip ni dari si Tiqa! Busy betol minah nih! hahaa.

Nanti kalau dah siap video aku akan share kat sini. Aku nak buat video memang tak terbuat lah! Tak menyempat nak mengedit-edit nih. Semua video dari trip2 lepas pun mereput je dalam laptop. Sayangnyer!


Gud bye Bangkok! Till we meet again! Touch down di KLIA dalam pukul 1.50pm, kemudian kembali semula ke pangkal jalan! Wish gudbye kat Zue! Kota Bharu here we go! Rindu doh dengan bumi klate, nak make budu deh. hahaa



In a Nutshell, my bucketlist checked! Impian aku nak pergi ke ladang bunga matahari dan explore di kota Bangkok, pergi railway market, floating market, hiking Erawan waterfall, explore bandar Khao Yai dah tercapai! Selamat tinggal bumi Siam yang meninggalkan 1001 kenangan pahit manis! Hatiku telah tertinggal di negara Gajah Putih ni. Thailand pasti kami datang lagi! Sabai-sabai.


Ta zabarrr for my next adventure, misi mencari Romeo Rinjani! Yeayyhh!








Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Bukit Marak, Kelantan

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!

BAHASA HIKERS