Part 3 : Gudbye Stong!



Assalamualaikum


1 Mei 2017, Isnin, 7.00 am


Hari terakhir berada di kem Baha. Pagi tu pergi tengok sunrise lagi! Tapi tiada awan karpet yang cantik seperti semalam. Yang ada cuma kabus.

Selamat Pagi Cinta!


Every morning you have two choices- continue to sleep with dreams or wake up and chase your dreams. 

The choice is yours!




Pagi tu aktiviti santai jer. Lepas sarapan lepak kat view point layan sunrise. Lepas tu tetiba kabus tebal menutupi seluruh pemandangan. Best pula si Apek ni tido siap berdengkur kat sini. Syok la tido sejuk2 ni! Ishhh ishh....



Lepas tu Queen datang teman lepak dengan aku kat sini. Comel sangad la kucing ni! Rasa nak colek bawa balik rumah! Teringat kat arwah Jack! RIP Jack! uhukkk



Dah puas layan view sunrise dan kabus di kem baha, ke air terjun pulak kami. Dari air terjun yang kami main sliding haritu, kami perlu mendaki lagi ke atas. Aduhhh sakit kaki semalam tak habis lagi nak kena mendaki lagi! Trek dia memang pacak jer! Kena berpaut pada akar-akar kayu. Bertabahlah!


Untuk pengetahuan anda, air terjun Jelawang terdiri dari 7 tingkat dan di setiap tingkat terdapat banyak kolam mandi dan tempat menggelungsur. Di salah satu tingkat, berdekatan Kem Baha terdapat kolam yang di panggil kolam Tuan Puteri. 


Telaga tujuh




Kolam Puteri / Air Terjun Kolam Puteri

Air terjun ni best dan mempunyai kolam yang dalam dan tenang. 
Seronok tengok dorang main gelongsor kat air terjun ni. Aku tak mandi pun sebab malas dah nak basah2! hahaa..

Tengah feeling ke tu TJ? hahaa


Aku lepak tolong ambil gambar dorang jer yang tengah syok main air tu!



Jangan lemas dalam jeram ni sudah Apekkk oii! hahaa.. Lebih kurang macam kat jerum lesung haritu kat CBL.

Beronok-ronok depa main sliding!


Ni Zati tengah layan perasaan sorang-sorang kat atas batu! Kalau suka luahkan aje, tidak dia ternanti-nanti! Ewahh.. hahaa


Tq guide Abg Mir bawak kami kat air terjun ni!


Elly, chef cilik yang kuat membebel! hahaa. Tengok je kecik tapi sekali dia mendaki jenuh nak kejar. Berdesup-desup laju bukan main! Power betol!


Dalam setengah jam lepak kat atas tu, semua pun bergegas turun. Menggigil lutut aihhh! Dah la trek dia curam!

Balik ke kem site, kemas barang semua. Khemah, fly, ground semua di buka dan dibersihkan. Sampah sarap siap dibungkus untuk dibawa turun. Kebersihan tetap kena jaga walau dimana saja kita berada.


Take nothing but pictures, leave nothing but footprints, kill nothing but time!



Dub pose oleh Bunga matahari merah! 


Ok2 depan lagi, senyum sikit!


Kami bergerak pulang dari kem Baha dalam pukul 1.00 petang.


Gud bye kem Baha, till we meet again!


Melalui jambatan gantung menuju ke pintu masuk hutan.


Kami semua selamat tiba di parking kereta pada pukul 3.00 petang.


In a nutshell, memang best Hutan Lipur Stong ni! Kami dapat menawan 3 puncak, tengok awan karpet, layan sunrise & main sliding kat air terjun! Terima kasih kepada pihak penganjur, B88outdoors, gogo Hafiq Hashim, Ehsan, Abam Idola Syafiq Hafiz dan krew-krew yang baik hati, Chef Elly masak menu yang sedap, Abang guide yang peramah, geng aku Aisyah & TJ yang sudi teman aku mendaki & pewai sama-sama, Apek, sweeper aku yang sengal lagi tabah, kak Ros, Ain, Zati, Syana dan rakan-rakan semua!







Sehingga ketemu lagi! Jumpa anda di Rinjani! yuhuuuu...





Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah