Posts

Showing posts from August, 2017

Episod 3 : D-Day Kerinci

Image
Assalamualaikum 15 Ogos 2017, Selasa 7.00am Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu datang juga, hari di mana kami akan melakukan pendakian ke Gunung Kerinci. D-Day! (Decision Day, adalah hari keputusan atau hari berlakunya operasi dalam istilah military. Dulu aku selalu guna term ni masa study kat Uni. Al maklumlah study kat tempat asykar! hahaa) Sebelum tu, kami dengar sedikit briefing mengenai pendakian kami untuk hari ini dari ketua ekspedisi iaitu Abam Apis! Berdebar pula rasa untuk misi pendakian kali ni! Rasa macam nak pergi berjuang di medan perang! hahaa.. Mampukah aku untuk menakluk Gunung tertinggi di Indonesia ini? Mampukah Farah menawan Puncak Kerinci ni yang merupakan gunung pertama yang beliau akan daki?? Fuhhh... sama-sama kita nantikan.... Pendakian kami akan mengambil masa selama 2 hari 1 malam. Kami dijangka akan mendirikan tenda dan bermalam di shelter 2. Katanya seramai 50 orang pendaki dah naik pada pagi ni & terus ke shelter 3.

Episod 2 : Perjalanan ke Desa Kersik Tuo, Jambi

Image
Assalamualaikum 14 Ogos 2017, Isnin 9.00am Tepat pukul 9.00 pagi kami tiba di Bandar Udara Internasional Minangkabau. Waktu di Padang adalah lewat sejam dari Malaysia. Penerbangan yang memakan masa selama sejam hampir tidak terasa. Sebabnya semua dok mengeroh terok  (Zzzzz)  dalam flight!  hahaaa Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau merupakan lapangan terbang bagi daerah Sumatra Barat di Pulau Sumatra, Indonesia.  Nama lapangan terbang ni diambil dari nama suku kaum terbesar di daerah tersebut, iaitu Minangkabau. Lapangan terbang ni mula beroperasi sejak Julai 2005. Apa khabar orang minangkabau? Bila nak masuk meminang? eh ehhh Adiak suko jo uda! (bahasa minang) Sesampai je di airport, kami disambut mesra oleh tour guide. Ok kami pun bersemangatlah nak  menuju ke destinasi kami iaitu ke Desa Kersik Tuo, Jambi. Dah berbual-bual dan beramah mesra dengan tour guide tu, sekali dia pon tanya ini group artis dari Malaysia kan? Kami po