Episod 4 : Let the journey begin!



Assalamualaikum




15 Ogos 2017, Selasa 8.30am



Gunung Kerinci dengan tinggi 3,805 mdpl merupakan gunung yang fenomena di Indonesia selain pegunungan Jaya Wijaya di Papua. Gunung Kerinci terletak dalam Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS) dan termasuk dalam salah satu seven summit Indonesia. 

Gunung Kerinci terletak di Desa Kersik Tuo, Jambi, Indonesia. Gunung ini adalah gunung berapi jenis stratovolcano dengan kawah sedalam 600 meter yang masih aktif. Terdapat dua jalur pendakian untuk sampai di puncak Kerinci, iaitu melalui Kersik Tuo atau Solok.


Jalur Kersik Tuo merupakan jalur yang paling banyak dilalui oleh para pendaki, sedangkan jalur Solok memiliki jalur pendakian ekstrim dan susah untuk didaki. Meskipun begitu jalur Kersik Tuo juga tidak boleh dipandang sebelah mata.

Gunung Kerinci merupakan puncak gunung tertinggi di pulau Sumatera juga merupakan puncak ‘Gunung berapi tertinggi di Indonesia’!


Gunung Kerinci dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra. Di pintu masuk pendakian terdapat Satu Tugu yang di atas nya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan. Ia sebagai simbolik di kawasan ini iaitu kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera.


Perjalanan yang panjang menuju ke Atap Sumatra.

Berdebar!


Do the difficult things while they are easy and do the great things while they are small. A journey of a thousand miles must begin with a single step.

Lao Tzu

Permulaan untuk sampai ke Pintu Rimba perlu melalui kebun sayur 


Dalam jejak jalan setapak yang menanjak.

Farah & Wak

Bila mungkin kau lihat aku menanti dirimu
Bila mungkin dirimu ada di samping diriku
Bilakah jadi milikku
Mungkinkah jadi milikku

Semakin ku kejar semakin kau jauh
Tak pernah letih tuk dapatkanmu


Kami memulakan pendakian lebih kurang pukul 9.30 am waktu Indonesia dari Pintu Rimba. (waktu di Indonesia lambat 1 jam dari waktu di Malaysia) 


The real journey to Indrapura is about to begin. 


Dari Pintu Rimba ke Pos 1 Kerinci, perjalanan dianggarkan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Trek masih lagi jalan mendatar, cuma yang tak bestnya hampir 90% jalannya berlumpur & lecak. Bertabahlah!



Ayuhlah membajak sawah di tengah hutan! Yang pakai kasut baru yang masih bau kedai, harap bertenang lah layan trek macam nih! hahaa

T__T


Langkah kaki perlahan terus berjalan
Menyusuri hutan-hutan dan terjal jalan setapak

Canda tawa terukir disetiap persinggahan
Hutan basah, titisan rintik hujan menambah keceriaan

Kabut tipis sedari tadi turun perlahan
Pepohonan, lumut, tanah bebatuan seolah memperhatikan


Abang gogo yang masih kelihatan tenang masa sweep aku! Chill bro! hahaa... Harap bertabah ye bang kalau pace aku macam siput! :p


Pintu Rimba - Pos 1 (Bangku Panjang)

 Pos 1 merupakan tanah lapang dengan batu panjang dan pondok untuk berehat. Pos Bangku Panjang ini berada pada ketinggian 1,890 mdpl.


Bagi mengekalkan momentum, kami berhenti berehat sekejap je di sini. Tak boleh berhenti terlalu lama disini kerana sepanjang pos 1, 2 dan pos 3 merupakan jalan yang masih dilalui harimau sumatera. 

Aummmm!

Muka ceria lagi nih! Masih mampu tersenyum girang! hahaaa

Abg Gogo tengah rekod video kt belakang tu. Bila video nak siap ni? Ta zabarrr... hahaa


Pos 1 - Pos 2

Dari Pos 1 jalan yang akan dilalui berupa jalan landai dan sedikit menaik. 
Lumpur memang tak payah cakaplah, anywhere & everywhere. Memang tak boleh nak elak. Sesekali aku rasa nak tergolek, tergelincir, tersadung! Nasib baik ade team bekap kat belakang. Kalau rasa nak terjatuh abang gogo boleh tolong sambut! puihhh! hahaa... Maybe sebab hujan sentiasa turun di hutan kerinci ni yang menyebabkan tanah menjadi mendap & berlumpur. Tak sempat nak kering dah basah balik. 


Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke pos 3 (batu lumut) melewati jalan hutan dan pacak, lelah mulai terasa, dan tampak matahari mulai condong ke arah barat. Gerimis pun mulai mengiringi perjalanan kami. 

Pos Batu Lumut ini berada pada ketinggian 2,010 mdpl.

Jalan yang terus menegak mulai memerah keringatku! Geng-geng pendaki handal dan padu berdesup iaitu Zek, Roza, Fatin, Kak Aimi, Fizin & Zura sudah jauh mendahului aku. Tinggallah kami geng-geng dibelakang yang masih lagi setia disisi Fizue, Farah dan Wak. 

Kami just enjoy the journey dengan keletah si Farah! Macam-macam pula soalan yang keluar dari otak dia yang ligat berputar sama pantas seperti mulutnya! Macam menjawab soalan kemahiran berfikir aras tinggi! Pening! Tengok Wak & Fizue layankan ajer walaupun penat! Terima kasih Farah si penglipur lara kerana menghiburkan hati kami! hahaaa

Manjanya Wak di samping abam Fijin! :p


Berkumpul semula dan lepak dulu sekejap disini sebelum meneruskan perjalanan.


Steady boh sek kito jange pecoh!
Wak dikelilingi aweks-aweks!




Pos 2 - Pos 3 (Pondok Panorama)

Perjalanan diteruskan ke Pos 3 dengan jalan menegak dan didominasi akar pepohon dengan tanah padat yang licin. Ternyata jarak antara Pos 2 ke Pos 3 itu lumayan jauh dan medan sudah banyak memacak. Pos 3 berada pada ketinggian 2,225 mdpl.


Pos 3 to Shelter 1

Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. 

Eh eh Wak photobomb pulak di situ! hahaa


Hutan disini lebih kurang macam hutan di Malaysia.


Tahniah Wak kerana menjadi sweeper yang setia kepada Farah sehingga ke kemsite! hahaa... Pray for #wakfarah!



Dalam pendakian ni, kami mengupah guide dan porter untuk membawa khemah, beg tidur, bekalan makanan dan pakaian. Guide kami ada 2 orang. Yang ladies sume barang bagi guide bawak. Kami hanya memikul beg galas kecil bersaiz 20 hingga 30 liter sahaja. Beg kecil tu diisi dengan lampu suluh, baju hujan, makanan tenaga seperti coklat, gula-gula dan air minuman. Tu pun dah pewai terok jugak! hahaa...

Yang lelaki semua katang belaka & gagah perkasa bawa beg sendiri jer! Ehhh Zek pun dah macam porter jer beg dia! Bayaran untuk porter adalah IDR1,000,000 (sejuta) untuk 2 hari. Kami share 6 orang ladies. So sorang bayar lebih kurang IDR167,000.


Suasana semakin dingin, sedikit kabut, tanjakan padu dan licin telah kami lalui. Untuk sampi ke Shelter 1 jaraknya sangat jauh. Tidak seperti jarak antara ketiga-tiga Pos yang kami lalui sebelumnya.


Oh ya, sepanjang pendakian ni, kami je satu-satunya team dari Malaysia. Jarang juga kami nampak pendaki dari negara lain. Mungkin Gunung Kerinci tidak sefemes Gunung Rinjani ataupun Semeru! Bila pendaki lain tegur, semua rasa teruja sebabnya bila sebut je nama Malaysia, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran rakyat tempatan ni adalah Upin Ipin! Betul betul betul! Lepas tu habis la segala watak dorang sebut, Kak Ros, Opah, Abang Roi, ayam goreng dan lain-lain. Ishhh aku sendiri pun tak tengok Kartun Upin Ipin tu! Memang satu fenomena betul kat sini! Dahsyattt! 

Terbaekkk weyhh!


Lagi satu, bila sebut je kami dari Malaysia, memang dorang akan rasa excited sungguh. Siap nak bergambar lagi! Kayaknya seperti jumpa bintang sinetron pula ontrek! Lagi-lagi abam gogo yang menjadi idola gadis-gadis, ramai pula cewek-cewek mau bergambar dengan beliau! Hebat betul penangan aura abam gogo nih!..

Kami layankan ajer. Siap bertukar-tukar Instagram dengan pendaki Indonesia yang lain. Terasa macam retis pulak! Kah3.... Tapi dorang panggil kami mak cik dan pak cik! Ehh om kami ni masih muda belia lagi kot! Ni mesti penangan Upin Ipin la nih! hahaaaa.. Kami berdekah gelak!

Zek bukak langkah nak berzapin ke tu? hahaa

Ceria lagi ni Zek, tapi Zura dah pewai tu!

mental dah koyak ke dik Fara? hahaa

Hebat Farah ni! Bukan biasa-biasa! Untuk gunung yang pertama, yang tertinggi pula tu, boleh bertahan sampai sini dah! Kalau aku yang nubis & cepat give up nih dengan trek yang horror lecah berselut entah-entah sampai pos 3 aku dah patah balik! hahaa.. Terbaik! Kami bangga, wak lagi bangga! ehhh

Sweet sangat adik beradik nih! hahaa


Kami tiba di shelter 1 ketika awan mendung sedang berarak. Hilangnya sinar mentari membuat dingin semakin terasa. 



In any journey, more important than all the scenery and natural wonders, will be the people you will meet. Thanks for the memories Fizue!

Cherish the moments together with you!


Fizin tido siap mengeroh lagi! Pewai terok ke bang? hahaaa

sap kok lu!


 Shelter 1 merupakan tempat aman untuk mendirikan khemah dengan ketinggian 2,505 mdpl. Shelter 1 merupakan tempat terbuka yang mampu menampung sebanyak 15 khemah dengan pemandangan lereng Gunung Kerinci yang menjulang gagah.

Sejuk giler bak ang kat sini!

Cian adik Fara, ngantok ye?!


Perjalanan menuju Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, estimated time lebih kurang 2-3 jam. So, kami fuel up energy masa kat shelter 1 sebab perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kami makan packed lunch kat sini. Carbo loading! Lepas ni nak pakai banyak energy, so, memang perlu makan yang cukup.



Hujan mula turun dengan lebat. Semua dah standby pakai baju hujan siap-siap!



Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1.30 pm. Jalur pendakian menuju Shelter 2 semakin menaik & cuma ada certain trek yang agak mendatar tapi mostly memang menaik jelah. Pendek kata, memang tak kasi chance lansung. Tak de diskaun dah! 

Masa ni aku dah pewai teruk juga. Tapi aku percepatkan langkah dengan harapan nak sampai ke campsite cepat! Yang lain pun bergerak dengan pace masing-masing. Jadi aku tinggalkan Farah dengan Wak! Aku yakin Wak mampu menjaga Farah dengan baik! So aku jalan berdua je la dengan Fizue! Thanks babe sebab teman dan mampu bersabar dengan aku! Ohh sis terharu! :p

Akhirnya aku & Fizue sampai di shelter 2 agak awal dalam pukul 4.00pm. Kami decide nak teruskan pendakian ke shelter 3. Tapi perlu tunggu semua sampai dulu kat sini. Di shelter 3 pun kami tak tahu macam mana keadaan campsitenya. Mungkin penuh mungkin tidak. Memandangkan porter pun dah pasang khemah kat sini, kami pun ikut je lah.

Area di campsite Shelter 2 agak terhad dan hanya mampu mendirikan beberapa biji khemah. Tapi yang bagusnya area di sini masih ada pokok-pokok yang agak tinggi dimana ada kelebihan mampu menghalang khemah daripada terkena tiupan angin kencang. 


Layan Milo panas dan biskut memang sangat cocok untuk melawan dingin dan rasa lapar. Thanks Fizue & Wak tolong masak air!


Lepak dulu kat sini sementara tunggu khemah kami siap dipasang oleh porter. Khemah kami berada di atas berdekatan dengan khemah porter & guide.


Keadaan campsite disini agak kotor, penuh dengan sampah. Sayang lah kalau keadaan hutan ni tidak dijaga dengan baik!


Jangan mara abam gogo Zura! hahaaa


Nin dia kotor giler kasut selepas meredah selut! Lepas ni memang babai lah wahai kasut!


Dalam pukul 5.00 petang khemah kami siap dipasang. Boleh la beristirehat seketika. Malam tu dinner kami makan maggi sup! Agak kuciwa sebenarnya sebab kami lapar nasi! Porter pun siap bawa makanan sampai ke dalam khemah kami. Tapi masa nak hulur kat Roza, boleh pula pinggan nyer menyenget! Mungkin pinggan tak retak nasi tak dingin penangannya sampai tertumpah kuah dekat sleeping bag! Ok khemah kami banjir! hahaaaa 

Apa pun kami tetap bersyukur dapat makan apa yang ada.


Lepas dah makan malam, kami pun dapat berehat dengan tenang. Dalam pukul 8.00 malam dah siap-siap nak tidur sebab katenyer pukul 1.00 pagi dah nak bersiap gerak ke puncak! Tapi malam tu aku tak dapat tidur pun sebabnya tapak khemah kami tak rata & senget! Memang asyik melurut je sampai ke hujung bucu khemah! Licin. hahaa.. Nak tido pon kene hiking lagi dalam khemah! Jadi suster ngesot pula! Adehhh... 

Lagipun suhu udara malam tu sangat sejuk sampai ke tulang rusuk! Dah pakai jaket tebal dengan glove dan berselubung dalam sleeping bag pun masih menggigil! Tapi Roza rileks jer tidur nyenyak siap mengeroh! Aku & Zura krik3.... tak boleh tido! hahaa


Pukul 3.00 pagi nanti kami nak summit attack!










Comments

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Asykar Pencen!

Bukit Keluang, Besut

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

BAHASA HIKERS

Jumaat Di Kota Mekah