Posts

Showing posts from May, 2018

Bukit Marak, Kelantan

Image
Assalamualaikum Aku sebenarnya baru je tahu pasal Bukit Marak. So aktiviti hujung minggu, boleh la nak pi meredah bukit ni. Kebetulan Syafiq member satu ofis yang familiar kat area sini jadi guide kami. hehee Bila aku try cari info, sebenarnya Bukit Marak  merupakan sebuah bukit yang agak tersohor kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Che Siti Wan Kembang dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak yang terletak di daerah Bekelam, Bachok, setelah kemangkatan suaminya, Raja Abdullah pada tahun 1671. Sebelum berangkat dan bersemayam di Bukit Marak, berlaku pertengkaran di antara Puteri Saadong dengan Raja Abdullah. Permulaan trek terus pacak menegak! Sempuit juga sek kawe boh! hahaa Perbalahan antara suami isteri itu terjadi setelah Puteri Saadong mendapat tahu Raja Abdullah berkahwin lain. Puteri Saadong sebelum itu telah menyerah diri kepada Raja Siam yang terpikat dengan kec