Pulau Perhentian Pt 3 & Kota Bharu


Assalamualaikum....


29 September 2014, Ahad


Hari ketiga kat Pulau Perhentian. Memandangkan ni hari last kitaorang kat sini, jom explore apa lagi aktiviti yang best kat sini.



Ni ha aktiviti outdoor yang korang boleh buat kalau dah datang kat Perhentian ni. Berkayak keliling pulau. Harga RM15 satu kayak untuk satu jam. So satu kayak 2 orang sorang bayar RM7.50.

Jom berkayak!



Syokk gilerrr berkayak kat sini! Rasa tenang jerr! Air dia yang jernih boleh nampak dasar laut uollss!!



Tu ade khemah haram! hahaa

Sapa nak pacak ponco ke @ khemah boleh la kat sini.. kat atas batu & tempat dia tersorok skit.. Privacy sangat!! kami mai nak mengendap! hahaa... ;p




Tu boleh nampak lighthouse yang kitaorang dok buat aksi terjun semalam!






Obor-obor terdampar tepi pantai!


Lepas dah berkayak, apalagi dok berendam la dalam laut sampai puas.. Rasa macam tak nak balik!... huhuu

Hot guy Left or right???!
Tengah2 cuci mata, tetiba jumpa plak mat salleh yang kacak lagi hensem tengah berjemuran di tepian pantai! Rezeki nih!... Ahh meltingg!! ;p. Gegadis, engkorang jangan berdarah hidung plak tengok sixpack depa!!... miahahaa.... Dorang ni bekpekes dari Finland.

Time to Checkidout!
Gud bye perhentian!

 Perhentian memberikan aku pengalaman yang bebeza berbanding melawat pulau-pulau lain, yang paling best of cos la dapat berenang dengan penyu!. Senja Bay yang kitaorang tinggal pun memberi layanan yang bagus!. Terima Kasih Daun Keladi, Kalau Ada Rezeki Pasti Kitaorang redah Lagi!!




On the way nak ke jeti, roger sahabat lama masa study dulu yang kebetulan kerja dekat2 situ. Dia pon datang amik kitaorang kat jeti Kuala Besut. Dah lama tak jumpa, nampak segak plak abam airforce nih! miahahaa... (mohon jangan kembang! ;p) Thank abam airforce sudi belanje & bawak kitaorang jalan2 kat kem!... 



Seterusnya kitaorang bergerak ke Kota Bharu naik teksi. Tambang teksi RM65 share 4 orang so sorang dalam RM16.25. Perjalanan lebih kurang 45 minit dari Besut.


Sementara nak tunggu ABC sampai... selfie dulu!

Kat Kota Bharu ni kitaorang tumpang kat umah member, cek mek Ayuni. Yuni jadi kitaorang punya tourist guide r kt KB ni... hehee


Ni first time aku jejak kaki ke patta timo!... hahaa. Destinasi pertama kitaorang jalan2, rasa nak pegi makan ABC r petang2 cenggini. So Yuni bawak kitaorang kat Restoran Ikan Bakar KUKUP, Jalan Pekeliling, Kota Bharu.

Yummeh~

Tudiaaa..... ABC tiga rasa siap dihidang!. Cantik menggunung dengan tiga warna di datangkan dengan tiga rasa & aiskrim di puncak!. Merah untuk perisa rose, hijau untuk perisa pandan dan kuning untuk perisa jagung. RM 4 hengget semangkok! Memang best ABC ni!. Sampai cramp lidah sejuk sangat! hahaa.... Tak pernah jumpa lagi kat tempat lain ABC sesedap ni. Memang umphhh!. Majoriti yang datang sini memang order ABC.


Solat dulu kat masjid Muhammadi
Yuni & adiknya yang cute!
Cantik pintu gerbang ni!
Istana Jahar, Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan
Shopping!

Pastu kitaorang pergi jale-jale cuci mate di pasar malam wakaf che yeh. Kat sini dipenuhi dengan macam2 gerai yang menjual baju wanita dan lelaki, barang keperluan peribadi, makanan ringan, peralatan rumah, perhiasan dlln. Macam kat Downtown KL. Harga dia pon ok la dan boleh tawar-menawar. Kalau mu pandai kecek kelate lagi senang.. hehe







Penat jalan2 pastu kitaorang g makan kat Char Kuey Teow Ashok Pasir Pekan. Sedap gak Char Kuey Tiaw dia.. Tapi lama gak tunggu sebab dia masak satu2.. Orang pon ramai jugak. kalau amik yang special tu menimbun udang & kerang dia. Rasanya macam cari kotiaw disebalik kerang & udang!.. hahaa.. ok esok sambung lagi jalan2 sekitar KB!






Nak usha2 previous entry leh klik sini :









Comments

  1. salam kenal..singgah blogwalking kat sini..

    cantiknye air pulau perhentian ni..xpernah pegi walaupun dekat..haha

    ReplyDelete
  2. Salam kenal..bestnye jalan2 sakan! Welcome to kb dear hehe

    Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  3. Selamat berkenalan best nyer jln jln kat perhentian . wakaf che yeh mmg best.

    ReplyDelete
  4. Salam blogwalking here :)

    cantiknya airrrr! crystal clear!

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  5. Laut tuuuuu cantik sesangat. Nak-nak berkayak lagi wow

    ReplyDelete

Post a Comment

In a nutshell, Thanks for your comment!

Popular posts from this blog

Gunung Silipat, Betong Thailand

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Bukit Marak, Kelantan

Pantai Perpat, Johor

BAHASA HIKERS