Part 3 : Berenang dengan Whaleshark di OSLOB!


Assalamualaikum




Day 3


9 Julai 2017, Ahad, 6.30 am




 Oslob - Sumilon Island - Spanish Quartel Heritage





Hari ketiga di Filipina, kami akan melakukan aktiviti berenang bersama 'Whaleshark'! Bayaran yang dikenakan adalah 1000 peso seorang dan masa yang diberikan 30 minit untuk snorkeling dan berenang bersama ikan paus jerung! 


Pukul 5.30 pagi kami dah keluar dari hotel menuju ke Oslob Whaleshark. Kami nak kejar first trip untuk ke Oslob ni. Sesi pertama start pada pukul 6.00 pagi.


Sebelum turun ke laut, semua pengunjung diberi taklimat keselamatan kerana ia melibatkan nyawa pengunjung dan juga ikan-ikan tersebut. Kami tidak dibenarkan menggunakan sunblock untuk berenang dengan paus, kerana ia dapat mengganggu ekosistem disekitar tempat paus tersebut. Satu lagi larangan semasa berenang dengan adalah, tidak boleh menyentuh ikan tersebut.



Kat duit 100 peso ada gambar whaleshark ni!


Kami dibawa ke tempat "Whaleshark' yang hanya 200 meter dari persisiran pantai menggunakan bot nelayan yang kecil. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit tapi air lautnya sangat dalam.


Teruja woi tengok ikan paus depan mata dari atas sampan! Besar bak ang! Masa ni memang cuak la nak masuk dalam air! hahaa


Fokus kami ke sini adalah mahu ketemu si monster ini! Salah satu mahluk terbesar di muka bumi yang masih hidup, whaleshark (Rhincodon typus). Species ikan terbesar yang hidup dilaut. 


WhaleShark! Sekilas dengar nama ini pasti rasa gerun kan! Mesti terbayang macam ikan jerung. Tapi ikan ni sangat jinak dan comel sebenarnya! Penyelam sering menyebutnya Gentle Giant. Whale Shark tidak makan daging, melainkan memfilter air laut untuk makan plankton, macroalgae, udang dan haiwan kecil lainnya. 



Si monster penikmat lautan ini sedang menyedut plankton dan udang kecil dari nelayan!


The Giant Whale Shark atau pinoy menyebutnya dengan panggilan 'Butanding'. 


Ikan ini memiliki lima pasang insang berukuran besar. Dua mata yang kecil terletak di ujung depan kepalanya yang datar dan lebar.


Cantik dan unik corak badan ikan ni yang berbintik-bintik dan garis kuning keputih-putihan membentuk pola kotak-kotak. 


Seram weh dekat-dekat ngan ikan ni! Takut kena libas dengan ekor dia tak pasai! hahaa


 Perasaan memang sangat teruja dapat jumpa whaleshark yang sangat besar depan mata dan juga agak takut kalau dia gigit! Hahaa..


Jenuh nak amik shoot macam nih! Suruh abang guide tu pegang Gopro aku! hahaa... Si Lenda & Tiqa pula takut nak berenang. So dorang duk dekat-dekat sampan jer! 


Alamakkk dia datang, dengan lenggang lenggoknya! Aku cuak namatey, lari dulu weh! Panik attack! hahaaa... Kang aku kene sedut masuk mulut dia!


Terbaik weyh!





Mommy shark dodododo, daddy shark dodododo! Aku & Zue memang excited habis dalam aksi kejar mengejar ikan ni! hahaa



Kami berenang bersama whaleshark selama 30 minit membuat pengalaman ini menjadi salah satu yang paling berkesan di sepanjang perjalanan ini.


Bucket list berenang dengan whaleshark di Oslob checked! 



Try this buddy. At least, once in your life. It's worth it.

No 69 Checked! Senarai baldi saya!


Antara shark yang pernah aku dekati adalah baby shark di Pulau Payar!



Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Sumilon Island untuk aktiviti snorkeling dan bersantai di pulau kecil ni. Jarak untuk ke Sumilon Island lebih kurang setengah jam dengan menaiki bot.  


Bayaran adalah 1500 peso per boat. 50 peso entrance fee di Sumilon Island & 50 peso untuk snorkeling equipment.


Sumilon Island berada di bahagian bawah peta. 


Sumilon Island is privately owned by Bluewater Island Resort, so access is restricted to the sandbar for non-guests.




refreshing turquoise water







Kat atas ni dah gelap hujan sebenarnya!


Finding Nemo!


Teruja ni nampak ikan nemo & jerung!


Baby shark do do do do!













deep blue ocean waters








Beautiful corals!





Setelah puas bersantai di pulau, kami kemudian pergi ke kawasan heritage di Oslob. 


Bayaran untuk transport adalah 150 peso per pax untuk ke 3 tempat iaitu ke oslob whaleshark, Sumilon island & heritage trail.


South Cebu Heritage Trail


Filipina mempunyai pengaruh keagamaan, kebudayaan dan cara hidup yang kuat dari negara Sepanyol dan Amerika Syarikat memandangkan telah dijajah selama hampir empat abad oleh kuasa besar tersebut.


Negara ini juga mendapat nama Philippines (Filipina) dari penjajah Sepanyol yang mengambil nama raja mereka pada ketika itu iaitu, Raja Philip II. Kawasan peninggalan disini terdapat banyak gereja dan kubu-kubu lama. Penduduknya juga majoriti menganuti agama Kristian.


Cuartel, an unfinished building made of coral blocks resembling a Spanish-era barracks stand intended for the Spanish soldiers or guardia civil. It remained unfinished until the Americans came in 1898.

Penampakan entiti di situ!






Bermeditasi level dewa-dewa!


Kejap je berjemur dah sunburn terok! Bertabahlah! 

Ehem-ehem....


CUARTEL DE ESPAÑA. 





It is not the beauty of a building you should look at; its the construction of the foundation that will stand the test of time. 

~ David Allan Coe ~




There is a history in all men's lives.

~William Shakespeare ~



Historical church




Zumba ke Capoeira nih? hahaa




Mabuhay Pilipino!


Malam lepak kat hotel jer. Tetiba nampak ada table pool! Cara gak ni! Dah berkarat dah skill nak men bende ni. hahaa


Total lost day 3 : 1550 per pax. 


Esok pagi, kami check out dari hotel dan menaiki bot menuju ke Bohol.



Comments

Popular posts from this blog

XPDC Gua Batu Maloi

Gunung Silipat, Betong Thailand

Part 1 : Pendakian ke Kem Baha

Rumah Salji, Bukit Cerakah Shah Alam

Bukit Marak, Kelantan

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Jumaat Di Kota Mekah

Asykar Pencen!